CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuti Haid Dikritik, Ini Beberapa Negara Yang Benarkan Cuti Haid

18-12-2022 11:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1198| Komen: 11

Sepanyol menawarkan cuti sakit bergaji kepada wanita yang mengalami senggugut akibat haid.

Undang-undang baharu itu dibahaskan ahli parlimen, semalam, sekali gus menjadikan Sepanyol negara Eropah pertama menawarkan cuti khas itu.



Gambar hiasan

Kerajaan sayap kiri Sepanyol pada Mei melaksanakan rang undang-undang yang memberi wanita senggugut akibat haid dengan cuti bergaji tanpa had, dengan syarat mendapat pengesahan doktor.

Menteri Kesaksamaan, Irene Montero berkata, dengan undang-undang itu, wanita tidak perlu bekerja dalam keadaan sakit atau mengambil pil penahan sakit sebelum ke tempat kerja.

Bagaimanapun, 'cuti haid' itu dikritik Kesatuan Sekerja Sepanyol kerana majikan boleh mengutamakan lelaki dalam pengambilan kerja bagi mengelak kerugian apabila menggajikan pekerja wanita.


Namun, di sesetengah negara terutama Asia sudah lama melaksanakan cuti berkenaan.

Misalnya, Indonesia meluluskan undang-undang pada 2003 yang memberi wanita hak dua hari 'cuti haid' berbayar setiap bulan, tanpa memberi notis awal.

Namun, ia tertakluk kepada budi bicara majikan hingga ramai majikan hanya membenarkan cuti itu sehari sebulan, manakala sebahagiannya tidak memberikan 'cuti haid' itu langsung.

Di Jepun, undang-undang yang diperkenalkan sejak 1947 memperuntukkan syarikat mesti bersetuju memberi wanita 'cuti haid' jika mereka memintanya, selagi mereka memerlukannya.

Bagaimanapun, ia tidak memerlukan mereka membayar wanita semasa 'cuti haid', namun kira-kira 30 peratus syarikat Jepun menawarkan gaji penuh atau sebahagian, menurut tinjauan Kementerian Buruh 2020.

Selain itu, tinjauan ke atas kira-kira 6,000 syarikat mendapati hanya 0.9 peratus pekerja wanita layak mengambil 'cuti haid' berkenaan.

Di Korea Selatan pula, wanita berhak mendapat sehari 'cuti haid' tanpa gaji setiap bulan.

Majikan yang ingkar berdepan denda sehingga AS$3,844 (RM17,005.86).

Sementara itu di Taiwan, Akta Kesaksamaan Gender dalam Pekerjaan memberi wanita tiga hari 'cuti haid' setahun yang tidak ditolak daripada 30 hari cuti sakit biasa yang ditetapkan.

Wanita hanya boleh mengambil sehari dalam mana-mana bulan tertentu.

Sama seperti cuti sakit, pekerja yang 'bercuti haid' hanya menerima 50 peratus daripada gaji mereka.

Zambia pula meluluskan undang-undang pada 2015 membenarkan wanita mengambil cuti kerja sehari semasa haid, tanpa memberi notis atau menunjukkan surat doktor.

Selain itu, sesetengah syarikat di dunia sudah mula menawarkan cuti itu mengikut keperluan pekerja wanita, bukan tertakluk kepada peruntukan undang-undang.

Ini termasuk dana pencen, Australia Future Super; syarikat penghantaran makanan India, Zomato dan syarikat perabot Perancis, Louis yang masing-masing memberi enam, 10 dan 12 hari 'cuti haid'.

Syarikat astrologi yang berpangkalan di Los Angeles, Chani juga menawarkan cuti haid tanpa had untuk wanita.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 18-12-2022 11:26 PM
Tuala putus haid bersasar tersenyum sinis
Quote sharlenetexas 18-12-2022 11:26 PM
Semoga dilaksanakan di Malaysia.

Quote intan244 19-12-2022 01:14 AM
mc ada kan. jepon tu mc pon xde.
Quote Skuau 19-12-2022 01:17 AM
Edited by Skuau at 19-12-2022 01:19 AM

Sementara majikan di Msia...pulok:
"Lu takmok..duduk lumah...lor...lu angkat cuti tak payah mari kerja lagi...lor...manyak malas punya olang....
Quote namasteyog 19-12-2022 01:52 AM
Very Nice! check this out

https://namasteyog.in/
https://namasteyog.in/online-yoga-classes/
Quote Zack8hunter 19-12-2022 01:58 AM
setuju kalo nk guna unpaid or annual leave.. pening woo kalo staf perempuan slalu cuti
Quote edayildiz 19-12-2022 03:36 AM
kt malaysia bila nk buat..
time period pttnya kena cuti sbb emosi x stabil..pantang ada yg melintas kt tepi rasa nk jadi singa
Quote Perawankota 19-12-2022 03:44 AM
MC kalau sebab period pain ni sumer staff n bos and pandang sinis kt kita.. mcm kita buat salah besar..
Quote gideoncross 19-12-2022 05:56 AM
sharlenetexas replied at 18-12-2022 11:26 PM
Semoga dilaksanakan di Malaysia.

Klau bnda ni d laksanakn kat Melesia, nnti rmai jejantz ummah Mulayu Melesia yg mysogynists cpat triggered, x adil ktanya, prmpuan boleh dpt cuti tpi yg llaki x dpt. Last2 prmpuan lgi yg salah kat mta dorg.
Quote gideoncross 19-12-2022 06:00 AM
Perawankota replied at 19-12-2022 03:44 AM
MC kalau sebab period pain ni sumer staff n bos and pandang sinis kt kita.. mcm kita buat salah besa ...

Sbb kaum llaki xkn fham smpai bila2 psl period cramp & heavy flow, skli dua bnda ni dtg, x boleh bngun trus. Kwn iol msti ada hot water bag & painkiller klau period cramp tu dtg.
Quote CardiGans85 19-12-2022 06:34 AM
Aku sejenis period jarang cramp perut tp macam nak demam, pening kepala, loya serupa morning sickness.

Time ni kalau ada yg buat salah kat ofis, aku memang malas dah nak layan dan senyap je biar salah benda tu. Lepas kena reject drpd pjbt tanah ke apa, baru menggelupur budak2 millennium ni.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.056943 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top