Sebuah video di Twitter memaparkan seorang wanita memikul dua batang kayu balak menjadi tular dan buah mulut warganet. Video tular itu dikongsikan Mag @magmalaya yang mencoret ciapan ringkas sebagai tanda kurang senang dengan aksi wanita dalam rakaman berkenaan. “Tidak,” ciapnya ringkas. Dalam video itu, wanita berkenaan memaku log yang diikat bersama tali dengan hanya menggunakan sabit tajam pada hujung kayu balak tersebut. Dia kemudian memikul kayu balak berkenaan di belakang badannya sambil menuju keluar hutan.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dan respons dari kalangan warganet. Bukan apa, bimbang jika tersilap teknik, ia boleh mencederakan pinggang dan belakang badan! Sumber: Murai |
ADVERTISEMENT