CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mengundang Penyakit, Pemuda Makan Roti Cicah Air Banjir Kena Kecam

19-12-2022 05:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1307| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: Menerusi perkongsian @utusantvofficial di TikTok baru-baru ini, rakaman mengenai dua pemuda mencuri perhatian warga maya gara-gara tindakan mereka yang dianggap boleh meragut nyawa sendiri.
Sumber TikTok


Menerusi perkongsian @utusantvofficial di TikTok baru-baru ini, rakaman mengenai dua pemuda mencuri perhatian warga maya gara-gara tindakan mereka yang dianggap boleh meragut nyawa sendiri.

Video berkenaan memaparkan mereka memakan roti yang terlebih dahulu dicelupkan ke dalam air banjir dipercayai berlaku di negeri pantai timur.



Mungkin hanya sekadar konten media sosial, namun video tersebut menerima pelbagai respons dan kritikan netizen yang rata-rata menyatakan kebimbangan mereka apatah lagi air banjir kotor dan boleh menyebabkan cirit-birit serta keracunan makanan.

Ada juga yang jijik dengan tindakan dua pemuda tersebut apabila membayangkan air banjir yang sudah bercampur dengan cecair kotor lain seperti sisa kumbahan.






Dalam perkembangan terkini, negeri di pantai timur terutamanya Kelantan, Terengganu dan Pahang kini sedang menghadapi bencana banjir gara-gara hujan berterusan sejak seminggu yang lalu. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 20-12-2022 08:44 AM
Panga buduh dan huduh..
Quote Sazreena 20-12-2022 08:44 AM
Panga buduh dan huduh..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.038041 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top