Pada Ahad lalu, penyanyi Zamani menjadi perhatian peminat apabila membuat kemunculan sulung di sebuah program selepas menjalani pembedahan tulang belakang, November lalu.
Ramai gembira melihat perubahan ketara Zamani yang badannya dilihat kembali menegak dan bergerak aktif di atas pentas sambil membuat persembahan dan melayani peminat. Bagaimanapun kata Zamani atau Zamani Ibrahim, 51, kesihatannya masih belum pulih seratus peratus sebaliknya masih perlu menjalani rawatan fisioterapi sebanyak dua kali seminggu di hospital. "Sekarang saya masih buat rawatan susulan dan setiap minggu kena pergi hospital untuk periksa tahap kesihatan tulang belakang saya. "Doktor juga selalu berpesan agar saya banyak berehat bagi memastikan fizikal saya lebih kuat dan stabil," katanya.
Ekoran itu, Zamani memberitahu dia terpaksa bersikap memilih terhadap tawaran persembahan yang diberikan kepadanya kerana tidak mahu ia memberi kesan kepada kesihatannya ketika ini.
|
ADVERTISEMENT