View: 1047|Reply: 10
|
Zamani Kena Memilih Job- Tulang Belakang Belum Pulih, Perlu Jalani Fisioterapi 2 Kali Seminggu
[Copy link]
|
|
Pada Ahad lalu, penyanyi Zamani menjadi perhatian peminat apabila membuat kemunculan sulung di sebuah program selepas menjalani pembedahan tulang belakang, November lalu.
Ramai gembira melihat perubahan ketara Zamani yang badannya dilihat kembali menegak dan bergerak aktif di atas pentas sambil membuat persembahan dan melayani peminat.
Bagaimanapun kata Zamani atau Zamani Ibrahim, 51, kesihatannya masih belum pulih seratus peratus sebaliknya masih perlu menjalani rawatan fisioterapi sebanyak dua kali seminggu di hospital.
Foto: IG
"Sekarang saya masih buat rawatan susulan dan setiap minggu kena pergi hospital untuk periksa tahap kesihatan tulang belakang saya.
"Doktor juga selalu berpesan agar saya banyak berehat bagi memastikan fizikal saya lebih kuat dan stabil," katanya.
Ekoran itu, Zamani memberitahu dia terpaksa bersikap memilih terhadap tawaran persembahan yang diberikan kepadanya kerana tidak mahu ia memberi kesan kepada kesihatannya ketika ini.
Susulan itu, bekas vokalis kumpulan Slam tersebut memohon maaf kepada pihak penganjur sekiranya dia terpaksa menolak tawaran diberikan kepadanya.
"Tawaran persembahan tempoh hari pun saya setuju sebab ia tidak mengambil masa lama dan kebetulan ia berdekatan dengan rumah.
"Saya juga ambil peluang itu sebagai tanda menghargai peminat yang tak henti-henti memberikan sokongan selama ini," katanya.
Terdahulu, Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakangnya yang membengkok akibat penyakit scoliosis di sebuah pusat perubatan di Cheras, Kuala Lumpur. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
rehatlah dulu. dah betul2 sihat kang, buatlah show.
tapi kalau tak buat show sekarang, siapa nak bagi makan pulak, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Rehat je la dulu bang.... sampai betul-betul dah tak sakit, lepas tu senam bagi kuat, makan makanan sihat.. dah ada org rumah kan.. kena la function sikit time2 macam ni...ada duit jangan beli benda yang bukan-bukan... tak cukup duit, ..kalau dah takde simpanan langsung lah kan...jangan malu minta bantuan kat baitulmal....cukup syarat mudah je dapat. Selagi tak elok betul, takut makin lama makin teruk drpd yg sebelum ni.. jangan hadapkan sangat nak menghargai peminat ke apa.. jangan over feeling nau.. skrg masa rehat dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Vangang gak bini tu ko suruh la laki rehat dulu. Macam terdesak sgt terus bekerja. Rehat dan fisio dulu makan pakai cukup tu |
|
|
|
|
|
|
|
baru berapa minggu operate rehatla dlu |
|
|
|
|
|
|
|
Jaga lah diri tu...bkn bole buat main2...bkn sikit duit tu tuk buat operation... |
|
|
|
|
|
|
|
rilek2 la dlu pakcik oiii
bagi la badan dgn otak tu rest dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
dia kena buat show uol nak cari duit mana ada pndapatan lain. bini dia tu apa fnction nth. dahla muka marhaen |
|
|
|
|
|
|
|
His life is going downhill |
|
|
|
|
|
|
|
Biniknya b4 kawin keje apa? Xde anak rugilah benti keje. |
|
|
|
|
|
|
|
GreySuede replied at 8-12-2022 09:48 PM
Biniknya b4 kawin keje apa? Xde anak rugilah benti keje.
PA tok laki, memang takda keja lain. Nak berenti keja apanya bersambung keje je sampai skg |
|
|
|
|
|
|
| |
|