Pelakon kacak berbadan sado, Zul Ariffin, 36, kini sedang berada di Tanah Suci, Mekah menunaikan umrah. Tidak loket berkongsi suasana ketika berada di Tanah Suci, Zul memuat naik video dan gambar ketika berada di Mekah untuk tatapan peminatnya.
Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet yang belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci berterima kasih kepada Zul atas perkongsiannya dan berdoa agar diberi peluang ke sana suatu masa nanti. Manakala bagi yang pernah menunaikan umrah atau haji pula meluahkan kerinduan mereka apabila melihat Kaabah dan Kota Suci Mekah. Memetik portal XTRA, terdapat satu komen yang mencuri tumpuan di mana ada individu memaklumkan bahawa dia bermimpi Zul Ariffin meninggal dunia.
Sehubungan itu, individu itu mendoakan supaya pelakon kacak itu dikurniakan umur yang panjang. “Semalam saya mimpi bang zulripin meninggal… hmm… semoga panjang umur bang,” tulisnya. Terdahulu, Zul Ariffin memberi kenyataan bahawa dia akan berhijrah dan menetap di Makkah awal tahun depan atas urusan perniagaan. Apa pun, mimpi mungkin hanyalah sekadar mainan tidur. Doakan yang baik-baik semoga Zul dapat beribadah dengan tenang dan mendapat umrah yang mabrur. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|