CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tya Arifin Kongsi Kisah Pertama Kali Jumpa Keluarga Datuk K Dan Siti Nurhaliza

5-12-2022 08:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5055| Komen: 31

Tya Arifin, 28, menceritakan detik-detik pertama kali bertemu dengan suaminya, Asyraf Khalid di Indonesia.

Tya yang berasal dari Palembang, Indonesia itu berkata dia berasa terkejut apabila Asyraf yang juga anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza itu terus mengajaknya berkahwin ketika awal perkenalan.


Foto: IG

“Asyraf berkawan dengan ramai selebriti Indonesia seperti Afgan, Rossa. Ketika itu ada acara di Indonesia, jadi saya hadir dan dia juga ada.

“Ketika itu, Asyraf ada minta nombor telefon saya, tetapi saya beri nombor telefon pengurus. Saya ingat dia nak tawar berlakon di Malaysia.



“Sudah tentu ketika itu saya ramai kenal dengan ramai orang namun dengan Asyraf saya juga berkawan seperti biasa dan berjumpa beberapa kali dan selepas itu hampir setahun kami tidak berjumpa.

“Waktu kami kenal rapat ketika Asyraf ke Indonesia sekali lagi, ketika itu dia ingat saya jadi dia hubungi saya untuk berjumpa.

“Pertama kali berjumpa dan dia berkata dia mahu berkahwin, ketika itu saya berumur awal 20an, saya juga terkejut sebab saya baru nak mulakan karier berlakon.



“Jawapan saya kepadanya ialah, kita jalani dahulu, kita tengok macam mana, kalau ada jodoh, ada lah,” kongsi Tya menerusi sebuah program bual bicara bersama Neelofa, baru-baru ini.

Tambah Tya yang juga seorang pelakon Indonesia itu, dia berasa gementar saat pertama kali berjumpa keluarga Asyraf namun tetap mengawal dirinya agar kelihatan tenang.



“Sudah tentu perasaan nak jumpa itu gementar juga sebab nak jumpa Datuk Khalid dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Saya cuma jadi diri saya sendiri, ketika jumpa tu saya kena kawal juga sebab saya datang bukan sebagai peminat tetapi kawan kepada Asyraf.

“Pada mulanya saya berjumpa dengan keluarga Asyraf, saya tak banyak cakap, senyap saja tapi sekarang ni tak berhenti bercakap.



“Saya ada prinsip dalam hidup saya, apa yang saya boleh kawal dan apa yang tidak boleh saya kawal,” jelasnya.

Tya juga meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan keluarga mertua yang baik malah berasa kagum dengan suaminya yang bersifat bebas.

“Saya bersyukur dapat keluarga mertua yang sangat baik.

“Tetapi apa yang buat saya kagum apabila Asyraf adalah seorang yang bebas dan berdiri atas kaki sendiri lagi-lagi berkahwin dengan pilihan sendiri.

“Asyraf dan Tya tak mahu susahkan sesiapa kerana ini adalah pilihan kita. Dari situ Datuk K ada juga tawar untuk duduk sekali di rumah mereka tetapi kami tolak sebab tak mahu susahkan.



“Saya dan Asyraf juga lalui fasa berumah tangga yang mana kami perlu bina keluarga dari mula. Sudah tentu keluarga ada bantu tapi apa yang saya suka dengan Datuk K adalah dia menjadikan Asyraf ini seorang yang kuat,” katanya.

Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 5, dan Azzahra Jiwa Asyraf, 3.-CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Olumis 5-12-2022 09:51 PM
Gundunya suami masing2. Bini semua artis, cantik2 pula tu.
Quote Kadaisaku 5-12-2022 09:58 PM
Hahah gundu ye tokey jamu mutyara ni kok gundu gundu ye
Quote Carcosa 5-12-2022 10:15 PM
Screenshot_20221205_221310_Brave.jpg

Ewww dompok2 nye semua jejantan dlm family si capub ni Tak nampak T20 langsung. Jagalah badan memasing punnn. Haiyooooo. Suami tu cerminan isteri.
Ini, isteri semua gigih bersiap, suami dah mcm benggali jual tosey
Quote sleepandream 5-12-2022 10:20 PM
kira tokti paling tinggi la dalam kalangan menantu tiri sheols yach....
Quote heythere123 5-12-2022 10:29 PM
i datang sini nak baca cercaan je, kosser la nak baca kisah khayalan sheols
Quote dani-rox 5-12-2022 10:35 PM
kawen dgn bewak T20 jah pun, citer mcm berjodohan dgn crown prince
Quote Temenung 5-12-2022 10:40 PM
Muka tya ngan bini anas iras2 je
Quote Dolmat 5-12-2022 11:05 PM
Perempuan2 yg bersuamikan biawok biawok.
Quote rayna_raynes 5-12-2022 11:05 PM
Adib tu la paling banyak berubah. Zaman dia dengan Sophia Yasmin dulu kemain hot


Quote makcun14 5-12-2022 11:06 PM
dani-rox replied at 5-12-2022 10:35 PM
kawen dgn bewak T20 jah pun, citer mcm berjodohan dgn crown prince

Kann... bini jamaika selatan pun takde nak bangga duk bukak love story
Quote makcun14 5-12-2022 11:09 PM
rayna_raynes replied at 5-12-2022 11:05 PM
Adib tu la paling banyak berubah. Zaman dia dengan Sophia Yasmin dulu kemain hot

Sentap izara tengok foto inieh. Dulu kemain riak bangga dapat adib hasil dari ummi nazira punya match make.
Well bangun pagi tengok laki ku sudah gundu tak segak macam dulu
Quote Rogue98 6-12-2022 03:06 AM
Lepas kahwin dia pulak susah kena kerja teruk nak support family. Ingat kahwin dgn anak orang kaya boleh lah hidup senang.
Quote Perawankota 6-12-2022 03:50 AM
So, dia kat Indonesia dulu femes ke idok
Quote LadyCarefree 6-12-2022 04:40 AM
makcun14 replied at 5-12-2022 10:06 PM
Kann... bini jamaika selatan pun takde nak bangga duk bukak love story

sbb xboleh. dia pun akur. bijak gitu.
Quote samshik 6-12-2022 05:19 AM
In person bdknyer baik xtggal solat sume.. Time blakon dulu boleh2 die minta xmo kne dukung ker or pgg2.. Hrp kekal lah lagu tu.. Psl kawin ittiew, mgkin bpk n mak tiri beewak buleh bela deme hingga  ke cucu
Quote prince_marhaen 6-12-2022 09:11 AM
...Ketika itu, Asyraf ada minta nombor telefon saya, tetapi saya beri nombor telefon pengurus. Saya ingat dia nak tawar berlakon di Malaysia.


Hujung-hujung kau yang kena kerja keras cari duit jual jamu ye sis... lambetttt lagi dia nak offer berlakon...hahahaha.. Biawak T20.
Quote ohsoyaya 6-12-2022 09:34 AM
Perawankota replied at 6-12-2022 03:50 AM
So, dia kat Indonesia dulu femes ke idok

Biasa2 je. Xsempat nak mendonia sgt sbb dia kawin awal. Pernah menang & tercalon utk kategori blakon. Tp dia ada blakon 1 sinetron yg popular jugak kat sana. Fyi single solo dia Anang yg cipta
Quote epullipan 6-12-2022 09:44 AM
lepas kawin naik abis body2 suaminya itu
Quote noorhairiahma 6-12-2022 09:48 AM
cerita pasal tya arifin, tetiba ada kena mengena dengan tokti. bina nama sendiri, pleaseeeee. laki bini suka guna nama tokti.

yelah, tokti bini apaknya kaaaaaan. gunalah selagi boleh.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.061797 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top