CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Besar Malu Nak Gaduh- Adeep Nahar, Cham, Hakim Dan Fakhiz Keluar Daripada VE

5-12-2022 07:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7213| Komen: 59

Empat anggota kumpulan V.E yang menyertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) iaitu Adeep Nahar, Cham, Hakim dan Fakhiz membuat keputusan berundur daripada kumpulan itu rentetan kontroversi membabitkan nama kumpulan itu.


Adeep berkata, keputusan itu bukan mudah dibuat, namun mereka enggan menjadi racun sekali gus berebut nama kumpulan itu.


Foto: mStar

"Berkuat kuasa pada hari ini, kami mengumumkan untuk berundur daripada V.E kerana tidak mahu terus menjadi racun. Ini bukan keputusan yang mudah untuk diambil.

"Selepas penggunaan nama V.E dipersoalkan bekas anggotanya, lebih baik kami berundur untuk tidak meneruskan kemelut ini. Kita semua sudah besar dan dewasa, malu untuk terus berbalah mengenai nama kumpulan.


"Saya juga terkilan kerana tidak menyangka perkara ini datang daripada sahabat sendiri. Persahabatan itu berakhir di sini saja. Benarlah kata Mufti Menk, tikaman yang datang daripada sahabat sendiri.

"Kami yang bersusah payah di GV9 selama 11 minggu hingga layak ke pentas akhir, tidak sangka apabila berakhir ada pula yang mempersoalkan penggunaan nama itu," katanya dalam sidang media, hari ini.

Terdahulu, ketua kumpulan yang juga anggota asal V.E iaitu Zaf mencadangkan anggota yang menggunakan nama V.E dalam GV9 supaya bergerak menggunakan nama baharu.

Menurutnya, tindakan ini dilakukan bukan untuk mengeruhkan keadaan, sebaliknya bertujuan menjaga hubungan silaturahim antara mereka selain mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelbagai pihak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 5-12-2022 07:29 PM
Buat je nama baru bukan susah pon
Quote ashilalat 5-12-2022 08:19 PM
Buat lah nama V O pulak VV ke VW ke
Quote kotakominami 5-12-2022 08:25 PM
Apesal kalau grup/ duo lps masuk gv mesti gadoh....
Quote Piramida 5-12-2022 08:42 PM
Ke memang dah berhasrat nak keluar lepas vaganza? Kurang sefahaman mungkin lepas 11 minggu?
Quote SANKURIANG 5-12-2022 09:13 PM
Emang patut pun ahli asal tu marah…patutnya ahli lama atau yg asal aja yg bertanding, ni semua ahli baru…..memang la boleh masuk final, semua muda lagi kan…..ambikla nama baru.. PHBN ke……sedap gak kan….
Quote awekjepun 5-12-2022 09:22 PM
SANKURIANG replied at 5-12-2022 09:13 PM
Emang patut pun ahli asal tu marah…patutnya ahli lama atau yg asal aja yg bertanding, ni semua ahl ...

Betul. Bawa nama group tapi ahli asal sorg je. Baik buat nama baru je. Or ahli asal tu join sorg je.. xyah buat group
Quote virgocircus 5-12-2022 09:25 PM
Letak je nama baru. Mcm si brian tealive tu. Dari chatime ke tealive, ramai je yg beli. Lol
Quote anilanil 5-12-2022 09:40 PM
Terpaling popular ke? Itu baru dpt masuk GV, tak juara pulak tu. Kalo jadi juara harus masuk court.
Quote Carcosa 5-12-2022 09:49 PM
Masa nak masuk, tak bincang habis2 ke dgn anggota2 asal? Haiyooooo. Bergaduh mengalahkan kumpulan Beatle. Rilek sudah.
Letak nama baru. loVE ke. liVE ke. aboVE ke, aliVE ke.
Atau curVE Barulah sexy
Quote tumpanglalu74 5-12-2022 09:55 PM
Whoaaaayuuusssssss???
Quote chilly 6-12-2022 06:00 AM
Tambah - je kat depan. Kecoh amat.
Quote noorhairiahma 6-12-2022 07:32 AM
dah tu sekarang ni tinggal sorang je anggota VE..
Quote bulalof 6-12-2022 07:37 AM
mcm la kaya raya sgt kumpulan ni..........
Quote dejure 6-12-2022 07:39 AM
Letak aje nama PLU..
Quote Themilo 6-12-2022 08:05 AM
noorhairiahma replied at 5-12-2022 11:32 PM
dah tu sekarang ni tinggal sorang je anggota VE..

masih ada zhaf, lah, shah & damien.
Quote noorhairiahma 6-12-2022 08:06 AM
Themilo replied at 6-12-2022 08:05 AM
masih ada zhaf, lah, shah & damien.

oooh, i ingatkan yang lain2 nama lama tu pun dah keluar..
Quote rbmy 6-12-2022 08:41 AM
ashilalat replied at 5-12-2022 08:19 PM
Buat lah nama V O pulak VV ke VW ke

jgn letak nama vavi sdh..
hahahahahaa
Quote codenamedream 6-12-2022 08:46 AM
Edited by codenamedream at 6-12-2022 08:51 AM
Themilo replied at 6-12-2022 08:05 AM
masih ada zhaf, lah, shah & damien.

Shah & Damien Masih dgn VE ke?
Lah dah keluar VE
IMG_20221206_085018.jpg
Bolehlah Zhaf VE cari ahli kumpulan baru
Quote enchante78 6-12-2022 08:55 AM
Popular ke VE ni, even anggota asal pun aku tak kenal siapa.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.046302 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top