CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sanggup Aku Kehilangan Handbag, Janganlah Kehilangan Si Aeril," -Wawa Zainal

5-12-2022 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1441| Komen: 9

Description: Pasangan pelakon sejoli, Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal tidak dinafikan sentiasa menjadi tumpuan netizen di media sosial.
Pasangan pelakon sejoli, Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal tidak dinafikan sentiasa menjadi tumpuan netizen di media sosial.

Terbaharu, berdasarkan sebuah video siaran langsung di TikTok, Wawa dilihat sedang membalas komen individu yang mahu ‘lock’ suami tercintanya itu.

Foto: IG

“Lock Aeril, woi nah jangan kau minta macam-macam bah. Dia ni satu-satunya sejak ada di dunia, kau mahu lock lagi. Eii jangan bah.

“Sanggup aku kehilangan barang berharga contoh handbag ke, janganlah kehilangan si Aeril, gitu..,” katanya dalam loghat Sabah sambil memandang wajah suaminya.




Menjengah ke ruang komen, ramai teruja melihat reaksi Aeril seakan tersipu malu dan hanya mampu ketawa setelah Wawa berkata sedemikian.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang berang terhadap individu berkenaan yang sewenang-wenangnya mahu ‘lock’ suami orang lain.



Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, dua tahun dan  Muhammad Fahri, setahun. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 5-12-2022 06:41 PM
No 3 tu mmg comel..
Quote anakmak 5-12-2022 09:30 PM
Edited by anakmak at 5-12-2022 09:32 PM

Hehehe rambut kunin jambang itam
Hensem somi kamu bah tapi dikapit sama org tinggi 160cm terus tenggelam kehenseman somi mu itu
Janji somi mu jaga baik sama kamu n bahagia ya!
Quote bedahmenjuyah 5-12-2022 09:37 PM
Ko compare laki ko dgn handbag je wawa?
Quote dani-rox 5-12-2022 10:40 PM
laki bini bimbo
Quote Suchi 5-12-2022 11:07 PM
Nama anak yg kecik je senang sebut
Quote Perawankota 6-12-2022 04:03 AM
Tetap seram tgk anak sulung dia
Quote slyfynx 6-12-2022 04:55 AM
“Sanggup aku kehilangan barang berharga contoh handbag ke, janganlah kehilangan si Aeril, gitu..,” katanya dalam loghat Sabah sambil memandang wajah suaminya.


Laki ko setaraf handbag je ke?
Quote noorhairiahma 6-12-2022 07:34 AM
Perawankota replied at 6-12-2022 04:03 AM
Tetap seram tgk anak sulung dia

kenapa seram, zis?
Quote rosedemon 6-12-2022 10:28 AM
dua2 terpalingggg

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.045126 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top