CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Feminin - kumpulan rap wanita yang pertama (1992)

26-6-2013 12:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23367| Komen: 38


Kakak2 cun hehehe dulu dulu best la...

Pada bulan Disember tahun 1992 peminat hiburan tempatan diperkenalkan kepada sekumpulan penyanyi wanita yang digelar Feminin. Wartawan Samsor Junet yang menemubual kumpulan Feminin untuk rencana pengenalan ini memastikan bahawa pembaca tidak tertanya-tanya siapakah di antara anggota kumpulan itu yang gemarkan minuman oren dan siapa pula yang gemarkan nasi goreng ayam. Kumpulan Feminin terdiri daripada 5 orang remaja yang masih bersekolah. Kesemua mereka sebelum itu pernah bergiat sebagai penari bersama syarikat Edrina Collection yang diuruskan oleh Eddriss Razhe yang kemudiannya juga bertindak sebagai pengurus kepada kumpulan Feminin.

Kemunculan kumpulan Feminin pada hujung 1992 ialah ketika demam muzik rap baru hendak bermula di Malaysia, iaitu setelah kumpulan 4U2C dan KRU berjaya mengeluarkan album pertama masing-masing dalam tahun yang sama. Oleh kerana itu, adalah tidak menghairankan apabila kumpulan Feminin yang baru hendak mencuba nasib dalam bidang nyanyian akan serta merta dibentuk untuk menjadi "kumpulan rap wanita tempatan yang pertama". Walau bagaimanapun, genre rap hanyalah merupakan batu loncatan untuk kumpulan Feminin menjadi popular kerana apabila mengeluarkan album pertama mereka dalam tahun 1993, kumpulan Feminin lebih dikenali dengan lagu pop dan lagu yang berentak tarian berbanding dengan lagu-lagu yang mempunyai banyak unsur rap.




1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manganini 26-6-2013 12:48 PM
minat sangat dengan feminin ni dulu.. time tu baru tingkatan 1.. masa tu aku rasa diorang sangat lawa dan stylo.. tapi sekarang bila tengok cover album tu macam weird je..
Quote dubuk 26-6-2013 02:13 PM
kalau ada masalah sembelit boleh lah menari serupa mereka ya kawan kawan sekelian kahkahkahkah
Quote kivio 26-6-2013 03:54 PM
zaman dulu...biase la.. lagi 10 20 taun, kite tgok balek retis 2013, camtu jugak la anak2 cucu kite rase huhu
Quote myakayina 26-6-2013 04:10 PM
maaf TT, tolong tepek gambar..kot2 ada yg tak kenal ..
ni ahli yg asal..ada 5 org..sorg lagi Along..tapi dia keluar group lepas tu..

Quote SulurBidar 26-6-2013 05:07 PM
Fyi era zaman pertghan 80-an hingga akhir 90-an merupakan era kegemilangan muzik negara..
Jauh lebih hebat dari Korea dan Jepun..

Mmg semua tu tinggal kenangan...

Sudirman - Penghibur Terbaik Asia
Amy Mastura - Juara Asia Bagus (jaguh Asia Pasifik)

Pendek kate zaman tu antara yg terbaik dan muzik serta nyanyian penyanyi era tu masih kekal evergreen sehingga kini.
Quote dysyah 26-6-2013 06:07 PM
sesapa boleh tak tepek gambar terbaru kumpulan feminin nie..nak gak tgk kan ...
Quote shop_girl 26-6-2013 09:05 PM
Aku baru darjah 3 time Feminin muncul..hehe. suke style bowl cut rambut diorg. ohh..kenangan..
Quote missbeyond 27-6-2013 12:31 AM
comelnyer akak2 feminin.. minat dey olls ni dulu2 sama kru .. tepek gambar kat buku, lagu,..mana kuar album beli3.. haha sekarang tak der buat dah keje2 gitu hahaha
Quote mizkajura 27-6-2013 09:55 AM
tup tup ke laut jugak sbb menyanyi tak seberapa. seksi je yg lebih.
Quote amukgemuk 27-6-2013 06:10 PM
SulurBidar posted on 26-6-2013 05:07 PM
Fyi era zaman pertghan 80-an hingga akhir 90-an merupakan era kegemilangan muzik negara..
Jauh lebi ...

Betul..betul...
tinggal tak ada internet saja masa tu...
kalau tak lagi meriah industri ho.....masa tu kalau nak tengok video clip pun, tengok dalam rancangan tv saaja. Pun bukan selalu on air.....

Quote ikinbest 29-6-2013 12:41 PM
poster die, cd sume collect giler2 dulu... tp skrg mane pegi ntah....
Quote kikuri 1-7-2013 10:43 AM
dedulu mmg gila la ngan feminin...masa tu baru darjah 3..potong rambut pon siap cakap kat tukang gunting nak rambut ala2 feminin (yg pendek tu)...tapi skang bila dgr lagu feminin barulah terasa kelaut sungguh sora dorang nih...semacam je
Quote berun 2-7-2013 09:49 AM
kikuri posted on 1-7-2013 10:43 AM
dedulu mmg gila la ngan feminin...masa tu baru darjah 3..potong rambut pon siap cakap kat tukang gun ...

tapi malang nya saya bukan di zaman feminin.. saya di zaman toophat hehehe.
Quote dellema 5-7-2013 09:16 PM
bila dgr lagu feminin teringat jiran sbelah rumah pasang lagu untukmu sekuat alam sampaikan kena baling ngan kasut.. mmg kelakar gila... yg ada anak kecil mmg jaki le ngan peminat tegar feminin ni...
Quote roblucci 6-7-2013 02:20 PM
SulurBidar posted on 26-6-2013 05:07 PM
Fyi era zaman pertghan 80-an hingga akhir 90-an merupakan era kegemilangan muzik negara..
Jauh lebi ...

zaman sekarang kita ada CT je
Quote roblucci 6-7-2013 02:21 PM
dellema posted on 5-7-2013 09:16 PM
bila dgr lagu feminin teringat jiran sbelah rumah pasang lagu untukmu sekuat alam sampaikan kena bal ...

yang aku suka depa ni stylo.lebih stylo daripada Elite
Quote tvirgo 8-7-2013 06:32 PM
me too.. suka dengan feminine.. ada sape2 tahu pasal deknor tak ? she's very low profile among 5 of them
Quote berun 9-7-2013 12:39 PM
myakayina posted on 26-6-2013 04:10 PM
maaf TT, tolong tepek gambar..kot2 ada yg tak kenal ..
ni ahli yg asal..ada 5 org..sorg lagi Along. ...

terima kasih ya ;)
Quote KoSe 9-7-2013 01:44 PM
kikuri posted on 1-7-2013 10:43 AM
dedulu mmg gila la ngan feminin...masa tu baru darjah 3..potong rambut pon siap cakap kat tukang gun ...

sgt setuju..iols pun sgt minat fiminin dulu2.. tapi mmg iols dari dulu dah akuila vokal diorg mmg ke laut esp nyanyi live..

p/s comel sgt budak dalam dp uols tu..sgt2 comel..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.160648 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top