Edited by maklukpenggoda at 15-9-2024 05:18 AM
KUALA LUMPUR 13 Sept - Pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menggesa SIA Engineering Company Ltd (SIAEC) bersikap setelus-telusnya dalam isu pengambilan kakitangan kejuruteraan Malaysia Airlines yang menjadi perhatian ramai ketika ini.
Malah bukan sahaja unit Singapore Airlines (SIA) menjadi sasarannya, bahkan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd itu juga mendesak Singapura untuk terbuka sepenuhnya dalam pasaran mereka.
Menerusi hantaran di LinkedIn beliau bertajuk 'SIA Engineering Mengatakan Hanya Mengambil 10 Peratus Kakitangan Teknikal MAS', Tony memulakan catatan dengan berkata:
"Kini tiba masanya untuk bersikap TELUS SEPENUHNYA dan untuk SINGAPURA terbuka sepenuhnya dalam pasaran mereka," kata tokoh industri penerbangan itu.
Tony kemudian mengemukakan dua soalan kepada SIA Engineering dengan yang pertama dari manakah datangnya 90 peratus lagi dan gaji apa yang anda bayar?
"Mari kita jadi telus. Adakah 90 peratus anda semuanya baru tamat sekolah?," soalnya sinis sebagai respons kepada kenyataan seorang pegawai kanan SIAEC semalam bahawa tidak sampai 10% pekerja baharunya di negara ini datang daripada cabang kejuruteraan Malaysia Airlines..
https://www.dagangnews.com/index.php/article/tony-fernandes-gesa-sia-telus-sepenuhnya-isu-pengambilan-staf-kejuruteraan-malaysia-airlines-41457 |