Penyanyi Marsha Milan, 36, sebak ketika berkongsi mengenai keadaan teman baiknya, Nad Zainal yang masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) berpunca pendarahan paru-paru. Marsha atau nama penuhnya Marsha Milan Londoh dikatakan tidak dapat menahan kesedihan ketika menyanyikan lagu Kembali Terang di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) semalam kerana terkenang Nad yang sedang mendapatkan rawatan di hospital, lapor xtra. “Tadi, sebenarnya saya terkenang dia. Rasa terngiang-ngiang lagu ini untuk dia. Saya bukan nak hard sell ke apa, tapi bila teliti semula lirik lagu saya, memang kena. “Saya rasa every singer bila dia nyanyikan sebuah lagu, ia merupakan satu penceritaan, jadi saya rasa how I tell the story is relating whatever it is in my circle,” katanya.
Marsha yang berpeluang melawat Nad di sebuah pusat perubatan di Ampang, baru-baru ini, mengaku sedih melihat keadaan temannya yang terlantar di katil. “Saya dapat masuk dalam jumpa, pegang tangan dia dan sempat bercakap dengan dia. “Saya ingat saya suruh dia kuat dan teruskan perjuangan sebab ada anak-anak yang tunggu dia. Saya suruh dia bangun sebab ada banyak benda yang dia dan saya sudah janji nak buat sama sama. “Itu antara ayat yang ramai masuk melawat dan cakap benda sama, sebab terbukti apa yang kami nampak dia jadi lebih positif dari segi progress oksigen level dia tu. “Saya rasa semangat dari kawan-kawan berikan kepada dia itulah yang membuatkan dia lebih kuat Alhamdulillah. “Walaupun dia dalam keadaan tidur tapi kita boleh nampak respons dia, bila cakap pasal anak, keluar air mata dia, so we know that she actually listening,” kata penyanyi bervokal tinggi itu. Pelantun lagu Cinta itu juga memberitahu dia dan Nad pernah beberapa kali berjanji untuk berjumpa kerana mereka ada kumpulan WhatsApp dan sering berhubung. "Kami ada kumpulan WhatsApp dan selalu berkomunikasi. Malah, kami pernah beberapa kali berjanji untuk berjumpa. "Jadi, apabila nampak keadaan dia terlantar seperti itu dalam ICU, ia sesuatu yang amat memilukan. "Lebih menyedihkan, ketika melawatnya, saya ternampak anaknya di sisi. Mereka masih kecil dan tidak faham apa yang berlaku. "Walaupun saya belum ada rezeki dan pengalaman menjadi ibu, namun, apabila tengok situasi itu, saya rasa sebak," katanya ditemui pada hari pertama separuh akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, hari ini. Penulis percaya, bukan saja keluarga dan kawan baiknya saja merasa sedih malah di kalangan netizen yang tak pernah jumpa Nad secara realiti pun ramai yang turut bersedih dan mendoakan kesembuhan buat Nad. Sama-sama kita teruskan berdoa semoga Nad Zainal diberikan kesembuhan segera. - CARI |
shida81 replied at 27-11-2022 08:29 AM
Mase mak ak koma dulu.. 2 ari b4 meninggal asik kuar air mata je... Sedih ak.. Mase tu mmg kitorang ...
wnwa05 replied at 27-11-2022 10:02 AM
Tapi Nad bukan koma kan..dia ditidurkan means dia dalam keadaan fully body bius.kalau sedar pun gitu ...
darling0802 replied at 27-11-2022 09:44 AM
Sedihnya..mesti orang koma dapat dengar kot tapi dia separuh sedar tak mampu buka mata dan bercaka ...
imransulaiman replied at 27-11-2022 12:25 PM
Antara sebab air mata keluar di saat sedemikian - kita diperlihatkan kehidupan lampau kita...
Semog ...
colorpensel replied at 28-11-2022 12:47 AM
Zaman skg ni sihat2 tiba je jatuh sakit..kenalan i pun baru meninggal kelmarin..mati masa tidur. Dua ...
Goodluckdontcry replied at 27-11-2022 11:18 PM
Btl kome..dan mungkin juga Allah SWT tunjukkan sesuatu yg hny dia tau akibatnya..maka die menangis ...
elnor_81 replied at 29-11-2022 08:54 AM
Arwah laki aku mse koma kali pertama..dia ckp jumpa arwah mak dia. Dia nk ikut..tp arwah maknya x ...
ADVERTISEMENT