Umum pasti tahu mengenai kes melibatkan Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga dan punca konflik rumah tangga pengarah dan pelakon tersohor, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana. Akibat kes itu, Ira dikecam teruk oleh netizen yang menyifatkan dirinya sebagai penyondol suami orang. Baru-baru ini, perkongsian Ira di Insta Storynya telah mencuri perhatian ramai apabila memuat naik satu kata-kata mutiara yang juga ditujukan buat dirinya sendiri.
“Diam itu lebih baik jika tidak ada ‘perkara baik’ untuk diperkatakan. Berhati-hatilah dengan dosa lisan mahupun tulisanmu. Muhasabah,” kongsinya. Terdahulu, Puteri Sarah telah mengambil tindakan menyaman Ira dan menuntut Ira untuk tampil memohon maaf serta berhenti daripada melakukan sebarang gangguan terhadapnya. Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Ia berkaitan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan. Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. - CARI |
asfaz replied at 27-11-2022 07:10 AM
Kalau PS tak guna lawyer mau kau mengacau dia lagi kan. Bapak kau pun suka menyindir
#bapaktoilet ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.059285 second(s), 50 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.