Penyanyi Datuk Aishah, 57, "naik angin" dengan komen segelintir netizen bermulut puaka yang mempersenda bentuk badannya yang kini semakin kurus. Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin melalui satu hantaran di Instagramnya berkata bentuk badan tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka kerana ia merupakan isu sensitif bagi kebanyakan orang. "Beberapa hari lepas saya muat naik video soundcheck untuk satu persembahan minggu lepas. Memang saya akui masa soundcheck tu, saya tak berapa sihat dan baru balik trip. Kepenatan dari trip di mana saya drive berjam-jam membuatkan saya kurang mood nak dress up untuk soundcheck."
"Lagipun masa tu dah mula batuk dan demam. Tapi like they say, 'the show must go on.' Tapi saya notice ramai juga yang komen sesedap jari nak taip,jenis macam ni rasanya memang patut kena maki dik Diva AA. Ada yang kata,'dah tak tentu arah bila kurus..' 'lagi cantik masa gemuk'...Korang punya mak bapak tak ajar ye,kalau tak ada benda baik nak cakap atau taip baik diam. Diorang tak ajar ye?" Ok meh saya tolong ajarkan. Segala yang kita komen nanti akan ditanya di akhirat,jadi lebih baik kalau tak ada benda baik nak tulis,baik diam saja. Tak perlu nak sakitkan hati orang lain. Susah nanti nak cari orang tu minta maaf di akhirat nanti." Memang ramai ye jenis mulut puaka macam ni. I cannot brain. Haaa gambar dua ni di ambil pada hari yg sama,sebelah kanan masa soundcheck dan sebelah kiri malam persembahan tersebut," katanya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoal tindakan individu yang menulis komen negatif itu dan menyifatkan ia sebagai iri hati. @maznahsnowy : "Heran tengok org2 gini ya.. kurus ke gemok ke..bukan mintak makan dgn dia pon..Hadoi..kat mana dia yg sakit ya?" @zfaiyzalmie : "Dia jeles tu kak, dia nmpak akak kurus...pastu suara best plk...dia tu msti suara mcm katak..abaikan kakakku syg, abaikk kan tu semua...semoga akak sentiasa sht dan dimurahkan rezeki selalu..jga dir i ok...." @feeynalovesyou : "Dorg jeles tu kak. Biasalah semua tak kena. Gemuk salah, kurus salah, hidup salah, mati salah. Mana ada betul, dorg je yg betul. So biarkan." @hazuan1 : "Pelik orang melayu ni orang gemuk dia marah orang Kurus dia marah. Dia nak apa sebenarnya?"
|
ashilalat replied at 25-11-2022 07:24 AM
Bukan aishah la kalau tak emosi dan berperang dgn netizen
eyansss replied at 25-11-2022 09:01 AM
aku ni kalau tengok dia je terus teringat terbayang queen brunei… sejenis kepala besar dan bila ku ...
She-Ra replied at 25-11-2022 09:43 AM
alahh kak ecah ni pun rajin naw nak melayan
buat dek jelaaa.. jari jemari nerakazen takleh nk dika ...
laksmanabentan replied at 25-11-2022 10:55 AM
gigih kan nak baca semua komen, lps tu nak reply segala....
hahahhahahaa.....
sukacactus: Bagus tindakan dia ikat perut ...
ADVERTISEMENT