CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Tanya Mana Jekfer? Hun Haqeem Terpaksa Kunci Mulut, "Atas Sebab Tertentu Saya Pilih Untuk Tidak Menjawab"

25-11-2022 07:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 8273| Komen: 58

Description: Drama bersiri Kampung People 3 kini sudah memulakan tayangan di TV3 dengan menampilkan barisan pelakon yang sama.



Drama bersiri Kampung People 3 kini sudah memulakan tayangan di TV3 dengan menampilkan barisan pelakon yang sama.

Namun ketiadaan Jekfer yang dilakonkan oleh Hun Haqeem telah menimbulkan tanda tanya ramai.

Menjawab mengenai perkara itu, Hun atau nama sebenar Haqeem Hermy, 24, mengakui kecewa dan sedih kerana tidak terlibat dalam musim baharu drama popular terbitan TV3 itu, lapor mStar.

"Sejujurnya, mestilah saya rasa sangat sedih dan atas sebab-sebab tertentu saya pilih untuk tidak menjawab tentang ketiadaan saya itu.

"Apa sebab saya tak terlibat dalam musim ini mungkin ia adalah satu keputusan yang terbaik untuk semua," katanya.



Dalam pada itu, Hun meluahkan rasa terharu apabila menerima komen daripada penonton yang memintanya untuk kembali membintangi siri berkenaan.

"Saya terharu dengan komen-komen yang diterima. Ramai yang mahukan Jekfer dalam siri itu. Saya tidak sangka watak tersebut begitu memberi impak kepada orang ramai.

"Sayangnya kali ini watak Jekfer tidak ada dalam drama siri popular itu.

"Mungkin selepas ini peminat masih dapat menonton Jekfer lagi. Siapa tahu jika mereka boleh tonton Jekfer di layar perak pula." ujarnya.





Selain Jekfer, drama fenomena ini turut dibintangi Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Fizz Fairuz dan Namron. 

Mesti ramai yang "frust" kan Jekfer tak ada! Agak-agak korang kenapa Hun tak berlakon untuk musim kali ini? - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bintangct 25-11-2022 12:29 AM
tgk ep 1 pun dah bosan.. mana bole tahan kalo xde jekfer my baby boooo
Quote clarizsa 25-11-2022 01:59 AM
I tgk ep 1 - rasa cringe and agak meluat , nama samaran merapu2 , tempat tggal pun merapu , dah kenapa bg tok ketua umah bsar tp kt family laila umah sempit ,

ep 2 x tgk sbb i tgk one cent thief
ep3 kelmarin i lupa
Tadi tgk ep 4 - again cringe and meluat , dgn bodohnya nk paksa2 laila kawin dgn bad bisu tu laa , pastu meluat tgk sakinah jd ejen , dgn ejen acah2 pndai ckp jepun tu eeeiiiiii
Menyampah smpai i x fokus tgk
X best langsung s3 ni makin mengarut
Quote I.K.A888990 25-11-2022 02:17 AM
sejak season 2 dah bosan tgk citer ni
Quote hangdenim 25-11-2022 02:54 AM
Hun bukan dah sign under esteruk ke? Mana mungkin esteruk lepaskan untuk berlakon & naikkan rating tibitri. Kinah gegeh ya senget2 molot nak menjayakan watak ejen apetah namun hambar….
Quote honey_yayan 25-11-2022 03:04 AM
I.K.A888990 replied at 25-11-2022 02:17 AM
sejak season 2 dah bosan tgk citer ni

Sama..yg season mula2 je rasa teruja lah jugak sebab jalan cerita dia lain dari lain dengan ckp slang mat saleh celup tu sampai jadi fenomena jap.. lama2 jadi bosan dan rasa bingit nyampah pulak dengar cakap macam tu...
Quote mesmerize 25-11-2022 03:21 AM
tak best la Kampung People season 3.. lailer macam try hard sangat nak jadi kelakar.. pastu adik dia yummy tu pun dah tak comel dah besar..
Quote elnor_81 25-11-2022 05:55 AM
1 word...BORING...
Brape kali aku menguap nk habiskan 1 episod.
Quote nia_salina 25-11-2022 07:03 AM
I pon lepas the first one tak tgk dh. Mainly sbb pengarah dia dh lain kan. Kalau tk the same pengarah yg direct keluarga iskandar , geng surau..lupa dh nama dia.
Quote Perawankota 25-11-2022 07:05 AM
X der kesempatan nak tgk lagi.. Minggu lepas pi vacation, minggu ni lak layan bola.. Kalau x best, malas lah layan terus
Quote lightheaded67 25-11-2022 07:12 AM
tak best dh kurengggg lain giler tema dgn kp 1 n kp 2
Quote HelgaPataki 25-11-2022 07:52 AM
Jadi makin merapu la tukar2 badan pulak. Tak syok langsung. Pelakon pun rasa dah tak syok maybe, mona pun dh tak gelong mcm dulu.
Quote ibu_haritz 25-11-2022 07:57 AM
sooo boringgggg..skala nguapan 20...
dgn lailer yg aku rasa nk pelempang dgr slang dia..season 1 masih boleh terima lagi
yummy suara dah garauuuu...terkejut dengau
dgn ejen ntah menda menda
mcm hilang arah season 3 ni
Quote lasagna 25-11-2022 08:52 AM
nasib baik tak tgk s3 ni, dh bleh agak memboringkan.. ckup laa smp s2. gudbye jakfer!
Quote manehnya 25-11-2022 09:02 AM
ha a season ni mmg x wow sgt, hero bisu gemok x ensem, tak dak tarikan
Quote hanihan16 25-11-2022 09:03 AM
dari dulu tak reti sebut nama dia ni, literally hun ke han bunyiknya?
Quote KamikuP 25-11-2022 09:13 AM
Tertengok Ep2 pastu mcm eeuww ape meolls tengok ni?
And then nampak si Kinah terus meolls bagi anak meolls bukak cocomelon kat youtube
Quote jihyomelly 25-11-2022 09:17 AM
boring x best..somi iols 1st episode terus cakap apsal x best merepek ni..better layan world cup dgn somi iols tiap pukul 9mlm
Quote Cassieopeia 25-11-2022 09:23 AM
kp 2 pun xtgk tp kp 1 mmg sukela.. sbb slalu sgt cite yg ade sequel ni jd xbest
Quote nad014 25-11-2022 09:33 AM
ada member aku bercakap mcm 'lailer' ni , apehal ckp mcm tu

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.057817 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top