BINTANG terkenal, Aishah Sinclair dan Will Quah, diberi kepercayaan membintangi siri web yang mencuit hati, The Student. Program terbitan Ayam Brand, yang terkenal dengan rangkaian pelbagai produk dalam tin ini mendapat sentuhan Khairil M Bahar sebagai pengarah. Mengandungi 12 episod, siri web The Student – 12 Days to Save Her Little Bro mengisahkan misi Sarah (Aishah Sinclair) untuk melatih adiknya, Will, memasak dengan bantuan mudah dari Ayam Brand sebelum melanjutkan pelajaran di luar negara. Menurut Aishah, dia sangat teruja dapat menjayakan siri ini kerana ia dekat dengan jiwanya yang suka memasak. “Saya biasa memasak untuk kumpulan besar dan mampu sediakan masakan yang sedap menggunakan apa sahaja bahan yang ada. "Sekarang saya sudah ada anak saya sendiri, jadi makanan yang berkhasiat dan bebas daripada bahan pengawet serta MSG menjadi semakin penting kepada saya dan keluarga. "Dengan jadual harian saya yang sibuk, masakan yang disediakan perlulah mudah dan cepat disediakan. Sebab itulah produk Ayam Brand menarik hati saya,” kata Aishah. Sementara bagi Will Quah, siri ini juga sangat dekat dengannya kerana pernah menjalani zaman kanak-kanak di luar negara sebelum pulang ke Malaysia pada usia 13 tahun. “Setiap kali pulang ke Malaysia, saya pasti merindui masakan tempatan,” ujar Will. Tontoni The Student – 12 Days To Save Her Little Bro di laman Facebook rasmi Ayam Brand, www.facebook.com/AyamBrand.Recipes dan hadiah lumayan turut menanti anda!
|
hest posted on 26-6-2013 02:48 PM
errr.. apa dia ingat dalam produk ayam brand tak de pengawet dgn msg ke
syasyafina posted on 26-6-2013 08:44 PM
biase la jawapan2 artis bile jadi duta produk ni scripted.. mesti meng'up' kan produk tu n merenda ...
ADVERTISEMENT