Alif Satar memohon jasa baik peminat membantunya melaporkan kepada YouTube tentang tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggodam akaunnya di platform berkenaan.
Permintaan tersebut dibuat Alif menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, sebentar tadi. “Yes guys… Saluran YouTube Alif kena hack (godam). Saya mohon maaf kepada semua 504,000 pengikut. “Saya perlu bantuan anda untuk laporkannya. Sayang anda semua! “Anda boleh pergi ke bahagian komen di YouTube Alif dan maklumkan akaun ini telah digodam, pulangkan kepada Alif Satar,” tulisnya.
|
ADVERTISEMENT