View: 1022|Reply: 3
|
Youtube Alif Satar Digodam, Bertukar Jadi Logo Tesla Dan Video Elon Musk
[Copy link]
|
|
Alif Satar memohon jasa baik peminat membantunya melaporkan kepada YouTube tentang tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggodam akaunnya di platform berkenaan.
Permintaan tersebut dibuat Alif menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, sebentar tadi.
Foto: IG
“Yes guys… Saluran YouTube Alif kena hack (godam). Saya mohon maaf kepada semua 504,000 pengikut.
“Saya perlu bantuan anda untuk laporkannya. Sayang anda semua!
“Anda boleh pergi ke bahagian komen di YouTube Alif dan maklumkan akaun ini telah digodam, pulangkan kepada Alif Satar,” tulisnya.
Sementara itu, tinjauan mendapati gambar profil saluran YouTube pengacara itu bertukar kepada logo syarikat pengeluar kenderaan elektrik ternama dunia.
Foto: Utusan
Pada masa sama, jumlah pengikut saluran tersebut juga meningkat kepada 505,000. Turut dipaparkan adalah video live lelaki terkaya di dunia, Elon Musk. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaahahhaha.
Kena check lah apa punca boleh kena hack? Biasa sbb google account dh kena hack dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Uish bahayo ni, mujur meolss tak glamer kat medsos.. ekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
mujor bukan video lucah je sukor la dek alip |
|
|
|
|
|
|
| |
|