Setelah empat hari menanti, Malaysia akhirnya dikejutkan dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 selepas mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. ‘Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua’. Demikianlah nasihat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Seri Paduka Baginda YDPA bertitah sedemikian menerusi perutusan rasmi Istana Negara oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin selepas perkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 sebentar tadi.
“Seri Paduka Baginda mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua. “Justeru, bagaikan biduk lalu, kiambang bertaut, hulurkan tangan antara satu dengan yang lain bagi merapatkan semula saf antara semua ahli-ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara tercinta,” titahnya menerusi perutusan rasmi Istana Negara hari ini. Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda YDPA turut menegaskan bahawa negara ini umpama harta pusaka di mana para pemimpin adalah pemegang amanahnya. “Harta pusaka ini perlu dijaga kerana ianya bakal diwarisi oleh generasi muda yang akan membawa negara terus ke mercu kejayaan. “Seri Paduka Baginda turut berpesan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan baharu Baginda yang bakal dibentuk untuk mengambil resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. “Hakikatnya, rakyat jelata tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil untuk merancakkan lanskap ekonomi dan pembangunan negara,” titahnya. Loading FB Post... Dalam masa yang sama, ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat turut diingatkan supaya mempamerkan solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Terdahulu, parlimen tergantung selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tiada parti memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada 219 kerusi dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diadakan pada Sabtu lalu. - CARI |
MoonRise replied at 24-11-2022 04:18 PM
Yang kaya terus kaya, yang marhaen sila la mengais.
Nak berpuitis jgk saya disini
MoonRise replied at 24-11-2022 04:18 PM
Yang kaya terus kaya, yang marhaen sila la mengais.
Nak berpuitis jgk saya disini
jiwakacau06 replied at 24-11-2022 08:20 AM
tggu fb dpb nk update pantun apa lps ni
Perwira2022 replied at 24-11-2022 05:36 PM
Yang pasti the tru winner is Zahid.... Berjaya menyelamatkan diri dari masuk penjara.... Terima kasi ...
sufi^_^ replied at 24-11-2022 05:38 PM
fb dbp memang best sentiasa up to date, laju je berpantun
MoonRise replied at 24-11-2022 04:18 PM
Yang kaya terus kaya, yang marhaen sila la mengais.
Nak berpuitis jgk saya disini
Perwira2022 replied at 24-11-2022 05:36 PM
Yang pasti the tru winner is Zahid.... Berjaya menyelamatkan diri dari masuk penjara.... Terima kasi ...
Perwira2022 replied at 24-11-2022 09:36 AM
Yang pasti the tru winner is Zahid.... Berjaya menyelamatkan diri dari masuk penjara.... Terima kasi ...
ADVERTISEMENT