Lufya Omar baru-baru ini memuat naik beberapa gambar memaparkan laporan polis dan dirinya berada di mahkamah. Di Instagramnya, Lufya mendedahkan bahawa dia difitnah oleh Julia Farhana dan bekas suaminya, Che Hafiz dengan mendakwa dirinya menganggu, memfitnah pelakon tersebut malah dia juga didakwa membuat kecoh dan mengganggu bekas suami di klinik.
Katanya, dua individu tersebut telah menyusahkannya dari segi masa, tenaga, wang dan tugasnya sebagai ibu tunggal serta sengaja untuk menjatuhkan reputasinya dengan memalukan dan memfitnah dirinya. “Laporan polis yang digembar-gemburkan di media sosial telah dimanipulasikan oleh 2 pihak yang tidak bertanggungjawab ini (tanpa sokongan bukti) bagi menjatuhkan reputasi saya, memalukan dan memfitnah saya. Lufya tidak boleh terima sama sekali.
“Laporan palsu dan fitnah yang kamu lemparkan terhadap saya adalah keterlaluan. Kamu berdua telah menyusahkan saya dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan mengganggu tugas saya sebagai seorang ibu tunggal yang bekerja menyara anak. “Beberapa minggu ini saya dipanggil berulang kali bagi membantu siasatan polis di balai Sg. Buloh dan Kota Damansara berkenaan saya mengganggu dan memfitnah aktres baru. Saya juga dikatakan telah membuat kecoh dan mengganggu bekas suami yang juga teman lelaki aktres itu di kliniknya,” tulisnya di Instagram.
|
doubleharmonic replied at 24-11-2022 11:29 AM
heshe buat sendiri kerr kek tuhh. napa nampak hauk sangat macam pakai coklat murah
...menggangu bekas suami yang juga teman lelaki aktris itu di kliniknya sedangkan saya hanya hantar anak yang sedang demam teringin bertemu dengan ayahnya. Lawatan ke klinik itu adalah secara kebetulan kerana anak ketika itu ke klinik bersebelahan dengan klinik bapanya....
ADVERTISEMENT