CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Lega Sangka Zahid Hamidi Benar Berundur, Rupa-Rupanya Surat Letak Jawatan Palsu

23-11-2022 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1154| Komen: 16

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO. 

Dalam hantaran di Facebook, beliau meminta mana-mana pihak untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. 

“Surat yang disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab. Mohon doakan yang terbaik untuk dalam keadaan sekarang ini,” katanya, hari ini. 

Foto: Harian Metro

Terdahulu, tular satu surat yang didakwa kenyataan media Ahmad Zahid bertarikh 23 November mendakwa berlangsung satu mesyuarat tergempar yang dihadiri pemimpin utama parti komponen BN dan pimpinan tertinggi gabungan itu. 


Menurut surat itu, beberapa keputusan dicapai untuk menentukan gabungan mana yang akan disokong oleh BN, sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) pada hari ini. 

Surat itu juga menyertakan peletakan Ahmad Zahid sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO. 
Ramai Lega Ingat Zahid Hamidi Berundur, Rupa-Rupanya Surat Letak Jawatan Palsu


“Saya juga dengan berat hati ingin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO atas dasar tanggungjawab di atas kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

“Oleh demikian, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memangku jawatan sebagai Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO sehingga pemilihan UMNO yang akan diadakan pada Januari 2023,” tulis kenyataan itu.- CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 23-11-2022 02:34 PM
Selalunya pelesu akan jadi ori.


Quote sharlenetexas 23-11-2022 02:34 PM
Wakjahid bebal muka tak tahu malu lagi teruk dari tokjib.


Quote jiwakacau06 23-11-2022 02:35 PM
aku jAnji samsul lenggong tu pn palsu kan dulu...lps pru jd original....
Quote missyL 23-11-2022 03:21 PM
Pak jahid ni cocok botox jgk ke

Bawah mata tu serupa mcm bini n anak die
Quote ladybugz 23-11-2022 03:28 PM
alaa.. jgn la buat mcm ni. i doakan surat ni menjadi kenyataan. kalau zahid takde mmg lama dah selesai bab pembentukan gov ni
Quote kakikuDibibirmu 23-11-2022 03:31 PM
dnPLjIE_d.jpg
Quote matjerk 23-11-2022 03:49 PM
Anak dia tu.. anoyying yach!! Play victim..

Wak jahid ni.. sengih dia mcm sengih jahat.

Elok Jahid Jahad
Quote Nizleen86 23-11-2022 07:30 PM
Kak long kawasan tu tak habis igs dia dengan quote2 tu. Dah lah kak long. Terima je lah hidup ni ibarat roda. Kadang2 kita kat bawah. Selalunya mmg kat bawah pun.
Quote che-cikL 23-11-2022 07:39 PM
Patut syukur dh ada org tolong buatkan surat. Sebelum approve, suruh edit 'di-' tu semua dirapatkan kepada kata kerja.

Malulah org Melayu tak reti tulis 'di' dekat atau jauh.
Quote otai_g 23-11-2022 07:46 PM
Dr isi surat tu nmpknya tok mat terlepas lg nk jd presiden
Quote Mahathirina 23-11-2022 08:15 PM
download (2).jpg
Quote ekselen 23-11-2022 08:34 PM
Kalo tgk perangai dia skrg ni jgn harap la dia nk undur... Jenis muka tembok, tebal betul kulit muka dia ni... Kerna takut kot2 nanti dok dlm jel sanggup dia menebalkan muka
Quote tumpanglalu74 23-11-2022 08:35 PM
IMG-20221120-WA0040.jpg
Quote Nurdianah 23-11-2022 08:37 PM
Ada telor ke nak pecat2?


Quote rosedemon 24-11-2022 09:10 AM
muka dia ni rasa nak penyepak je.
Quote boo06 27-11-2024 01:15 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.088886 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top