Puteri Sarah meluahkan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum yang ke-16 bagi mempertahankan hak wanita. Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia menegaskan isu mempertahankan hak wanita perlu diambil serius.
“Lagi 5 tahun nak bertanding jugalah. Tapi nak bertanding untuk pertahankan hak wanita kerana hak wanita di Malaysia tak kuat. “Kena ada wakil yang lantang untuk menyuarakan bagi pihak mangsa!,” katanya. Menurutnya, dia terlebih dahulu akan menuntut ilmu di dalam bidang politik dan undang-undang sebelum ke dunia politik.
“Jadi, dalam masa itu kena belajar dulu politik dan undang-undang. Politik yang merangkumi ekonomi, kesihatan dan sebagainya. “Mempunyai kelulusan seperti mengambil diploma atau ijazah dalam bidang politik idea yang bagus juga. “Mula untuk kenal kawasan mana yang memerlukan dari semua aspek eco-bio-psycho-sosial. Kan?,” jelasnya.
|
ahhhhhhhh replied at 22-11-2022 08:50 PM
Ni aku punya pengalaman ya.
Member aku sorang lelaki sorang perempuan yg minta aku tolong masa kes ...
ADVERTISEMENT