Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, tiada parti memperoleh majoriti mudah iaitu 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.
Menurut laporan, keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jam 4.30 pagi tadi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi manakala parti gabungannya DAP di Sarawak mendapat lima kerusi dan MUDA menang satu kerusi, menjadikan keseluruhan 82 kerusi Parlimen diperoleh gabungan itu. Gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Pas pula memperoleh 73 kerusi Parlimen selepas masing-masing menang 51 dan 22 kerusi. Ia diikuti 30 kerusi untuk Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu) manakala calon Bebas memperoleh dua kerusi. Sementara itu, tiga bahagian Parlimen tidak diumumkan iaitu Kota Marudu di Sabah dan Baram di Sarawak yang ditangguh berikutan masalah cuaca.
Justeru, tumpuan kini terarah ke Istana Negara kerana tanpa kepastian yang jelas, mungkin wujud Parlimen tergantung di mana tiada parti politik atau pakatan parti politik tertentu mempunyai jumlah ahli atau kerusi Parlimen terbanyak. Difahamkan, SPR akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan keputusan rasmi PRU15 dan pemimpin parti politik juga dijangka menghadap baginda hari ini. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memilih Perdana Menteri walaupun tiada gabungan politik dominan atau mendapat majoriti mudah selepas keputusan PRU15. Pemerhati politik berpendapat, rundingan bagi membentuk kerajaan campuran boleh berlaku sebelum atau selepas Seri Paduka Baginda melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat undi kepercayaan majoriti ahli Parlimen. Selepas pelantikan Perdana Menteri dibuat, rundingan bagi mewujudkan kerajaan campuran boleh diadakan melalui pembentukan kerajaan minoriti. Perdana Menteri yang dipilih Yang di-Pertuan Agong jika tiada gabungan politik yang dominan boleh diuji sama ada mampu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat selepas dilantik. Kepercayaan itu boleh dibuktikan sama ada melalui proses undi percaya di Parlimen, jumlah sokongan akuan bersumpah (SD) atau kaedah lain yang boleh memuaskan hati baginda. Ia melainkan tiada usul tidak percaya dikemukakan oleh mana-mana ahli Dewan Rakyat kepada Perdana Menteri. Sumber: AWANI
|
mojarean_X replied at 20-11-2022 10:17 AM
Semoga Hadi Awang atau Tuan Ibrahim Tuan Man jd PM baru.
shy79 replied at 20-11-2022 10:53 AM
PH + GPS + GRS jela..
walaupun aku tak sokong bang non
PN jd pembangkang je
terma2nkondisi2 replied at 20-11-2022 10:47 AM
gps, grs boleh ngam tak dgn pas?
kerajaan yg ideal mmg kena ada blok borneo ni
mojarean_X replied at 20-11-2022 10:17 AM
Semoga Hadi Awang atau Tuan Ibrahim Tuan Man jd PM baru.
terma2nkondisi2 replied at 20-11-2022 10:47 AM
gps, grs boleh ngam tak dgn pas?
kerajaan yg ideal mmg kena ada blok borneo ni
scorpionkiki replied at 20-11-2022 11:01 AM
Ada muhyidin sbg cushion moderator. I rasa blh ja ngam
namieamuro replied at 20-11-2022 10:59 AM
takde org lain ke
Suchi replied at 20-11-2022 10:58 AM
Sarawak tak suka parti yg rasis yaa
Ingat tagline dorang harmoni.
Dorang leh hidup harmoni pelbaga ...
terma2nkondisi2 replied at 20-11-2022 11:11 AM
antara anwar-dap dan muhyiddin-pas, blok borneo lebih ok yg mana satu?
sarawak tak suka dap juga ...
ADVERTISEMENT