CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6619|Reply: 124

PRU15 Catat Sejarah Parlimen Tergantung, Tumpuan Terarah Ke Istana Negara

[Copy link]
Post time 20-11-2022 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, tiada parti memperoleh majoriti mudah iaitu 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.


Menurut laporan, keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jam 4.30 pagi tadi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi manakala parti gabungannya DAP di Sarawak mendapat lima kerusi dan MUDA menang satu kerusi, menjadikan keseluruhan 82 kerusi Parlimen diperoleh gabungan itu.


Gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Pas pula memperoleh 73 kerusi Parlimen selepas masing-masing menang 51 dan 22 kerusi.


Ia diikuti 30 kerusi untuk Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu) manakala calon Bebas memperoleh dua kerusi.


Sementara itu, tiga bahagian Parlimen tidak diumumkan iaitu Kota Marudu di Sabah dan Baram di Sarawak yang ditangguh berikutan masalah cuaca.




\



Justeru, tumpuan kini terarah ke Istana Negara kerana tanpa kepastian yang jelas, mungkin wujud Parlimen tergantung di mana tiada parti politik atau pakatan parti politik tertentu mempunyai jumlah ahli atau kerusi Parlimen terbanyak.


Difahamkan, SPR akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan keputusan rasmi PRU15 dan pemimpin parti politik juga dijangka menghadap baginda hari ini.


Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memilih Perdana Menteri walaupun tiada gabungan politik dominan atau mendapat majoriti mudah selepas keputusan PRU15.


Pemerhati politik berpendapat, rundingan bagi membentuk kerajaan campuran boleh berlaku sebelum atau selepas Seri Paduka Baginda melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat undi kepercayaan majoriti ahli Parlimen.


Selepas pelantikan Perdana Menteri dibuat, rundingan bagi mewujudkan kerajaan campuran boleh diadakan melalui pembentukan kerajaan minoriti.


Perdana Menteri yang dipilih Yang di-Pertuan Agong jika tiada gabungan politik yang dominan boleh diuji sama ada mampu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat selepas dilantik.


Kepercayaan itu boleh dibuktikan sama ada melalui proses undi percaya di Parlimen, jumlah sokongan akuan bersumpah (SD) atau kaedah lain yang boleh memuaskan hati baginda.


Ia melainkan tiada usul tidak percaya dikemukakan oleh mana-mana ahli Dewan Rakyat kepada Perdana Menteri.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Hadi Awang atau Tuan Ibrahim Tuan Man jd PM baru.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tea Eye Tea Emm tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
buat gabungan la..tgk yg berkelayakkan dari semua parti yg ada di Msia...xyh nk gaduh2 lg...baru sonok layan piala dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
bermacam kajian dan ramalan dilakukan oleh pelbagai badan penyelidikan... merdeka, ilham, invoke, fitch, emir, upe.. lagi apa lagi.. semua ke laut..

mmg boleh dikatakan satu kejayaan yg membanggakan bagi pas, pn
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Balak Tuanku!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2022 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 20-11-2022 10:17 AM
Semoga Hadi Awang atau Tuan Ibrahim Tuan Man jd PM baru.

gps, grs boleh ngam tak dgn pas?

kerajaan yg ideal mmg kena ada blok borneo ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
PH + GPS + GRS jela..
walaupun aku tak sokong bang non
PN jd pembangkang je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan bukan PH
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
shy79 replied at 20-11-2022 10:53 AM
PH + GPS + GRS jela..
walaupun aku tak sokong bang non
PN jd pembangkang je

Sokong walaupun aku tak suka Ai dan rr, tapi lagi tak suka pas.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 20-11-2022 10:47 AM
gps, grs boleh ngam tak dgn pas?

kerajaan yg ideal mmg kena ada blok borneo ni

Sarawak tak suka parti yg rasis yaa
Ingat tagline dorang harmoni.
Dorang leh hidup harmoni pelbagai kaum dan agama.
Masing2 tak ngata agama dan bangsa lain.
Org islam pi kenduri kawen dlm gereja takde acik2 nak neraka or kafirkan org.
So taktaulaa kalau dorang ok ke nak gabung ngn PAS tu.
Tapi iols suka kalau Borneo ada dlm kabinet, dorang kena gak jd menteri kanan bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 20-11-2022 10:17 AM
Semoga Hadi Awang atau Tuan Ibrahim Tuan Man jd PM baru.

takde org lain ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 20-11-2022 10:47 AM
gps, grs boleh ngam tak dgn pas?

kerajaan yg ideal mmg kena ada blok borneo ni

Ada muhyidin sbg cushion moderator. I rasa blh ja ngam
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
PRU 15 betol- betol membuat kacau balau dunia perpolitikan Malaysia ..tampaknya perpecahan di antara parti-parti Melayu semakin meluas.. .nasib UMNO pun lebih tragik dan diperkirakan akan segera pupus dan dilupakan oleh umat Melayu.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 20-11-2022 11:01 AM
Ada muhyidin sbg cushion moderator. I rasa blh ja ngam

muidin kan baru lepas keluar statement mengata kristian
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini la agenda tun m sebenarnya.
Walaupun dia kalah. Dan pejuang pun kesian
Tapi dia berjaya pecah belahkan undi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 20-11-2022 10:59 AM
takde org lain ke

Mmg x byk pilihan pun. Jika tak kembali pd abah muhyiddin
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 20-11-2022 10:58 AM
Sarawak tak suka parti yg rasis yaa
Ingat tagline dorang harmoni.
Dorang leh hidup harmoni pelbaga ...

antara anwar-dap dan muhyiddin-pas, blok borneo lebih ok yg mana satu?

sarawak tak suka dap juga kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 20-11-2022 11:11 AM
antara anwar-dap dan muhyiddin-pas, blok borneo lebih ok yg mana satu?

sarawak tak suka dap juga  ...

Wlaupun Sarawak x suka DAP..tp dlm GPS tu majoriti rmai cina n Kristian..mgkin masih senada...brbnding dgn PN yg mmg anti cina n racist
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 20-11-2022 10:17 AM
Semoga Hadi Awang atau Tuan Ibrahim Tuan Man jd PM baru.

Tersedak iols minum iced choc ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.169378 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list