Baru semalam kecoh tentang video tular seorang penceramah bebas yang melabelkan suami dayus jika membenarkan doktor lelaki sambut bayi semasa bersalin. Ustazah yang dikenali sebagai Siti Afifah itu menurusi live di Tiktok turut mencadangkan para suami menyimpan duit selama sembilan bulan bagi membayar kos bersalin di hospital swasta. Jadi dengan cara itu dapat memilih doktor wanita untuk sambut bayi yang bakal lahir. BACA JUGA : Ustazah Label Suami Dayus Sebab Biarkan Doktor Lelaki Tengok "Bawah Tempat Rahsia" Isteri Ketika Bersalin
Kenyataannya itu mendapat pelbagai respon yang pelbagai daripada wargamaya malah seorang doktor turut terpanggil menyuarakan pendapatnya yang sama seperti majoriti wargamaya yang mana tidak bersetuju dengan kenyataan ustazah tersebut. Menurut doktor yang dikenali sebagai Sandra itu, dia tidak bersetuju dengan gaya penyampaian yang digunakan ustazah tersebut yang langsung tidak memikirkan hati dan perasaan para penontonnya. "Awak (ustazah) sedar tak, duit ni sangat-sangat susah kita nak kumpulkan tau. Cara you cakap tu, kumpulkan lah duit, lahirkan lah kat swasta supaya (ibu-ibu) boleh request doktor perempuan. It’s not that easy. Duit yang beribu-ribu yang dikumpulkan hanya untuk melahirkan anak dengan doktor perempuan tu boleh digunakan untuk masa depan." Dr Sandra juga mendedahkan bahawa para doktor lelaki tidak teringin pun untuk melihat kemaluan wanita yang bersalin kerana hanya memikirkan mengenai kecemasan yang perlu mereka selesaikan dengan kadar segera. "Doktor lelaki tak hadaplah nak tengok Miss V seorang wanita yang melahirkan anak, dengan penuh darahnya, dengan koyaknya, dengan penuh najis yang keluar dengan segala macam. You ingat depa (doktor) hadap ke nak tengok?" "Buatlah planning macam mana pun, even you ada duit pun, you nak pergi deliver dekat hospital swasta. Andai kata hari yang you pergi tiba-tiba ada emergency, katakan doktor perempuan tengah bercuti dan yang on call nya doktor lelaki, you nak buat apa?" Apa pula pendapat anda mengenai pandangan ustazah dan doktor ini? - CARI |
Nizleen86 replied at 8-11-2022 01:51 AM
Meh sis bagi contoh sikit..
Kalau pun gynae korang perempuan, tapi nak bersalin kena czer, tak kesah ...
Prickford replied at 8-11-2022 10:42 AM
Bagi iolls apa jadi time nak beranak tu tinggal situ je. Takde nye lah doktor tu balik umah stim2 ...
ADVERTISEMENT