CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9587|Reply: 113

“Ingat Depa Hadap Ke Nak Tengok Miss V” – Doktor Bidas Ustazah Kata Suami Dayus Benarkan Doktor Lelaki Sambut Anak

  [Copy link]
Post time 8-11-2022 03:19 AM | Show all posts |Read mode









Baru semalam kecoh tentang video tular seorang penceramah bebas yang melabelkan suami dayus jika membenarkan doktor lelaki sambut bayi semasa bersalin.


Ustazah yang dikenali sebagai Siti Afifah itu menurusi live di Tiktok turut mencadangkan para suami menyimpan duit selama sembilan bulan bagi membayar kos bersalin di hospital swasta. Jadi dengan cara itu dapat memilih doktor wanita untuk sambut bayi yang bakal lahir.


BACA JUGA : Ustazah Label Suami Dayus Sebab Biarkan Doktor Lelaki Tengok "Bawah Tempat Rahsia" Isteri Ketika Bersalin


Kenyataannya itu mendapat pelbagai respon yang pelbagai daripada wargamaya malah seorang doktor turut terpanggil menyuarakan pendapatnya yang sama seperti majoriti wargamaya yang mana tidak bersetuju dengan kenyataan ustazah tersebut.


Menurut doktor yang dikenali sebagai Sandra itu, dia tidak bersetuju dengan gaya penyampaian yang digunakan ustazah tersebut yang langsung tidak memikirkan hati dan perasaan para penontonnya.


"Awak (ustazah) sedar tak, duit ni sangat-sangat susah kita nak kumpulkan tau. Cara you cakap tu, kumpulkan lah duit, lahirkan lah kat swasta supaya (ibu-ibu) boleh request doktor perempuan.


It’s not that easy. Duit yang beribu-ribu yang dikumpulkan hanya untuk melahirkan anak dengan doktor perempuan tu boleh digunakan untuk masa depan."


Dr Sandra juga mendedahkan bahawa para doktor lelaki tidak teringin pun untuk melihat kemaluan wanita yang bersalin kerana hanya memikirkan mengenai kecemasan yang perlu mereka selesaikan dengan kadar segera.





"Doktor lelaki tak hadaplah nak tengok Miss V seorang wanita yang melahirkan anak, dengan penuh darahnya, dengan koyaknya, dengan penuh najis yang keluar dengan segala macam. You ingat depa (doktor) hadap ke nak tengok?"


"Buatlah planning macam mana pun, even you ada duit pun, you nak pergi deliver dekat hospital swasta. Andai kata hari yang you pergi tiba-tiba ada emergency, katakan doktor perempuan tengah bercuti dan yang on call nya doktor lelaki, you nak buat apa?"


Apa pula pendapat anda mengenai pandangan ustazah dan doktor ini? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2022 03:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 pun ada point sebenarnya..

Soalan aku kalau doktor laki incas..adkh dia hanya incas masa keluar baby je atau dia akan check poen setiap masa dari awal masuk wad untuk tengok bukaan poen?

Kalau sebelum beranak banyak kali tengok tak segan ke.baik usaha cari duit untuk isteri tersayang bg yg rasa mampu lah
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 09:08 AM | Show all posts
Kalau bapak korang masuk hospital kene pakai pampers pastu korang jijik nak tukar, korang suruh nurse lelaki ke nurse pompuan tukarkan pampers bapak korang tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Meh sis bagi contoh sikit..
Kalau pun gynae korang perempuan, tapi nak bersalin kena czer, tak kesah la elective ke emergency, dah masuk ot tu still ada lelaki wei..if anaesthetist tu lelaki, belum yg campur nurses lelaki lagi bukan ko boleh pilih pun! Last2 segala benda diorg tengok jugak. So? So?? Ingat diorang heran???
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke dia ustazah.apa kelulusan dia.bukan apa sekarang ni sangsi betul ramai claim diri ustaz ustazah sendiri..lepas tu suka keluar statement2 panas. habis rosakkan nama agama je...kalau cakap tak beremosi ok lagi..ke bagi dia itu satu cara nak tunjuk dia tegas
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi zaman dulu elok je bersalin ngan bidan kampung..tak perlu nak kerumun ramai2 ngan nurse laki bagai lagi2 yg practical siap catit nota...aib tetap aib tahu. Malu kot orang laki tengok cipap


Ustzah 1 doktor 0
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2022 10:10 AM | Show all posts
alahh benda senang kau nak beranak kann. nak pilih Dr pegi la swasta. klu beranak kt gomen hadap jela Dr laki ke pompuan nak kata ape lagi. Dr laki pon tak bernafsu la tgk anu ko nak beranak nunn
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 10:35 AM | Show all posts
susah2, beranak je kat rumah...hidup ke mati sendiri ponya pasal, dah keadaan darurat pon nak pikir pasal aurat, nafsu, aib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2022 10:38 AM | Show all posts
haiz akhir zaman ni makin ramai mengaku ustazah masuk tik tok.... ustazah kebenda.... mengarut betul...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul apa Dr. Sandra ni cakap.
Semuanya di tangan Tuhan.
Berlapang dada dgn takdir.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 10:42 AM | Show all posts
Nizleen86 replied at 8-11-2022 01:51 AM
Meh sis bagi contoh sikit..
Kalau pun gynae korang perempuan, tapi nak bersalin kena czer, tak kesah ...

Bagi iolls apa jadi time nak beranak tu tinggal situ je. Takde nye lah doktor tu balik umah stim2 teringat poen bini orang yg beranak. Beranak wei, beranak. Bukan doktor tu shoot video porno.

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 10:42 AM | Show all posts
kt gomen bukan doktor laki je yg hadap bawah tu.. doktor2 pelatih 5 ke 6 org lagi duk kerumun. setazah cakap cmtu mcm tak penah bersalin lak. nak ke private pun blm tentu doktor pompuan bole attend .. kos pun takde harga mati. nak2 kalu ada cmplication etc. i doubt b40 or even M40 sekalipun boleh save sampai 15k within 9 bulan je utk bawak bini bersalin kt private. dah nak sangat mesti dr pompuan kan... malu la kami ustazah.. knp  wat statement camni
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 10:42 AM | Show all posts
ustazah tu dah beranak ke? swastala kot pilih doktor perempuan kannn..
and ada viral sorang ustaz sama point dengan dia.. rupanya suami ustazah ni..

so alhamdulillah la.. ustaz ustazah ni dilimpahi rezeki nak pilih doktor perempuan sahaja.. tapi bukan semua orang mampu nak bersalin di hospital swasta.. nak pilih2 doktor segala. Siap ustaz tu bole kata.. Allah bagi 9 bulan utk suami2 ni bersedia sehingga ke hari bersalin. so point dia.. sempatla nak kumpul duit nak bersalin swasta la kot..

aih.. bukan sikit2 ye kos bersalin swasta.. sedap hembus je ustaz ni.. rezeki orang lain2.
tapi aku suka point doktor tu.. dalam kepala smua orang dok pk malu la doktor lelaki tengok miss v.. sedangkan tu private part. takut amik kesempatan bagaila agaknya.. cuba kita tengok sendiri miss v di saat menanti kelahiran.. mcm yg doktor describe la.. tak teringin pon weii.. geli lagi ada.

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Biau ler setazah tu nak ckp ape pun apa yg kita nak dlm hidup ni rahmat tuhan bukan manusia
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 8-11-2022 10:42 AM
Bagi iolls apa jadi time nak beranak tu tinggal situ je. Takde nye lah doktor tu balik umah stim2  ...

Kan..
Takdenya pastu nk add friend ke nak tukar2 no tepon ke apa.
Melainkan doktor peribadi tu lainla.
Pastuh lebih baik dgn doktor yg kita tak kenal berbanding doktor yg kita kenal cth kawan kita ke apa.

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kwan iols dia beranak semua kat private tp dia suka beranak dgn sorang doktor pakar lelaki ni. Dah tua la doktor tu.
Iols pun taktau napa dia pilih doktor tu walau dia jenis menutup aurat gak maybe dia lebih rasa selamat kot.
Tp doc tu dah meninggal plak, kawan iols sedih laa sbb pasnih doc lain lak sambut anak dia kalau dia bersalin lg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
aku suka doctor lelaki.. pop keluaq dari vagina terus azan .. jahit pun herlok.. yg doctor pompuan siap  tertinggal uri dia rentap masa tarik baby..walaupun ari2 ko kerja sambut bayi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 11:00 AM | Show all posts
ustazah ni masih cetek ilmu agamanya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 11:01 AM | Show all posts
kalau camtu kena suruh perempuan je la jadi gynae. yang laki jadi urologists ke.
Doctor nampak miss V tu as another part je macam ketiak or macam ENT tengok telinga, tekak tu semua.
Tapi personal choice la. If rasa dayus biar doctor laki tengok miss V isteri, hantar private pilih female gynea and cakap nak all female team. If tak, jangan bising and mula didik anak perempuan belajar sampai jadi gynea
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 11:12 AM | Show all posts
kalau beranak bukan darurat, kenapa tetiba boleh pulak bidan dan doktor pompuan tgk poen pompuan lain?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.071089 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list