PeIakon Idan Aedan melakar sejarah industri seni apabila menjadi wajah tempatan pertama yang membintangi siri Netflix antarabangsa.
Idan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, 18, membawa watak utama sebagai Tyar dalam siri 13 episod berjudul Mr. Midnight: Beware The Monsters. Siri berkenaan telah pun menjalani penggambaran di Batam, Indonesia dan Singapura pada pertengahan tahun lalu. “Saya bersyukur diberikan peluang sebesar ini. Tidak pernah terbayang untuk saya sampai ke tahap ini. Saya baru berusia 17 ketika penggambaran dilakukan. Alhamdulillah sudah rezeki saya.
“Saya sedar, bukan mudah untuk pelakon tempatan diberikan peluang sebegitu. Rasa seperti mimpi pun ada. Tidak dinafikan, bekerja dengan produksi antarabangsa adalah antara impian saya. “Dapat pula berlakon dalam drama genre kesukaan iaitu seram. Cuma, saya tidak menyangka rezeki saya datang terlalu cepat,” ujarnya. Naskhah tersebut mendapat sentuhan tiga pengarah dan dibarisi pelakon hebat dari luar negara iaitu Tony Tilse, Sean Oliver dan Yee Wei Chai. Dalam siri tersebut, Idan bergandingan dengan pelakon remaja popular dari Indonesia iaitu Adinia Wirasti dan Maxime Bouttier.
|
Suchi replied at 3-11-2022 05:34 PM
Ohh budak ni.. kenal dia berlakon cite SMK kat astro ceria tu. Time PKP tu la duk tgk.
Ermm taktau n ...
LostStar replied at 3-11-2022 05:31 PM
Ingatkan Tyar ni indonesia.. daku tak kenal beliau.. tp best la cerita tu.. hantu2 tu paling seram b ...
wikedsaikel replied at 3-11-2022 05:50 PM
Puteri balqis tu patut aim peluang yg ni la
Perawankota replied at 3-11-2022 09:54 AM
Kenal dia sebab kakak iols buat talent agency.. Mak dia cakap dia homeschool je.. Pastu belajar Engl ...
syamzana replied at 3-11-2022 07:33 PM
iols ingatkan dia ni indonesia. ni series mr midnight yg sama mcm horror story book bdk2 tu ke? tgk ...
ADVERTISEMENT