CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4341|Reply: 38

Idan Aedan Lakar Sejarah, Bintangi Siri Netflix Antarabangsa

[Copy link]
Post time 3-11-2022 05:09 PM | Show all posts |Read mode
PeIakon Idan Aedan melakar sejarah industri seni apabila menjadi wajah tempatan pertama yang membintangi siri Netflix antarabangsa.


Idan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, 18, membawa watak utama sebagai Tyar dalam siri 13 episod berjudul Mr. Midnight: Beware The Monsters.


Siri berkenaan telah pun menjalani penggambaran di Batam, Indonesia dan Singapura pada pertengahan tahun lalu.


Foto: IG




“Saya bersyukur diberikan peluang sebesar ini. Tidak pernah terbayang untuk saya sampai ke tahap ini. Saya baru berusia 17 ketika penggambaran dilakukan. Alhamdulillah sudah rezeki saya.


“Saya sedar, bukan mudah untuk pelakon tempatan diberikan peluang sebegitu. Rasa seperti mimpi pun ada. Tidak dinafikan, bekerja dengan produksi antarabangsa adalah antara impian saya.


“Dapat pula berlakon dalam drama genre kesukaan iaitu seram. Cuma, saya tidak menyangka rezeki saya datang terlalu cepat,” ujarnya.


Naskhah tersebut mendapat sentuhan tiga pengarah dan dibarisi pelakon hebat dari luar negara iaitu Tony Tilse, Sean Oliver dan Yee Wei Chai.


Dalam siri tersebut, Idan bergandingan dengan pelakon remaja popular dari Indonesia iaitu Adinia Wirasti dan Maxime Bouttier.




  



Bukan itu sahaja, Idan akui rasa bertuah dapat bekerjasama dengan pelakon Caleb Monk, Chen Yixin dan Nikki Dekker dari Australia.


“Pengalaman terlibat dalam siri ini merupakan satu kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan.


“Dapat bekerja dengan mereka yang sudah dikenali di peringkat antarabangsa pada usia muda satu pencapaian luar biasa untuk diri saya sendiri.


“Selain pengarah dan gandingan pelakon yang bagus, cara mereka bekerja juga amat berbeza. Bukan sahaja saya belajar tentang lakonan, tetapi turut diberikan pendedahan tentang aspek teknikal,” ujarnya mengakui terdapat banyak perbezaan bekerja dengan produksi antarabangsa.




  



Biarpun tidak pernah mengambil kelas bahasa Inggeris, namun Idan mampu bertutur dengan baik apabila mendapat pendedahan menerusi program televisyen sejak kecil.


“Pada peringkat awal penggambaran saya berasa agak rasa kekok kerana pengarah dan semua kru berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.


“Saya pula sudah terbiasa bertutur bahasa Melayu di set penggambaran sebelum ini, walaupun terkejut lama-kelamaan saya dapat menyesuaikan diri,” katanya.


Bercerita lanjut tentang keistimewaan watak Tyar dalam siri adaptasi novel popular dari Singapura itu, Idan berkata, wataknya mampu melihat dan berkomunikasi dengan makhluk halus kerana berketurunan dukun sebelah ibunya.




  



“Tyar yang berumur 17 tahun tidak tahu bagaimana hendak mengawal situasi tersebut.


“Pelbagai konflik timbul, tetapi jika hendak tahu bagaimana dia berhadapan dengan dunia ghaib, kenalah tonton,” ujar Idan. –CARI


Sumber: Kosmo Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 05:31 PM | Show all posts
Ingatkan Tyar ni indonesia.. daku tak kenal beliau.. tp best la cerita tu.. hantu2 tu paling seram bagi daku yang kat hotel tu.. haha..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 05:33 PM | Show all posts
iols tgk citer ni sbb dia ni la..mmg impress la tgk dia..mmg berbakat. n english pun fluent. good job dik..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh budak ni.. kenal dia berlakon cite SMK kat astro ceria tu. Time PKP tu la duk tgk.
Ermm taktau napa iols melayan cite tu nak kata budak skolah pun bkn apatah lg bbnu jauh sekali laaah hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 3-11-2022 05:34 PM
Ohh budak ni.. kenal dia berlakon cite SMK kat astro ceria tu. Time PKP tu la duk tgk.
Ermm taktau n ...

sama la kenal sbb anak ngadap smk ni kalau cakap nama memang x kenal..bagus la sesenyap cakap english pun fluent..all the best la nak
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tengok kat netflix..not bad la..masa smk pun dia bagus berlakon. Harap dia tak lupa diri & label diri sendiri A lister..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Puteri balqis tu patut aim peluang yg ni la
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
LostStar replied at 3-11-2022 05:31 PM
Ingatkan Tyar ni indonesia.. daku tak kenal beliau.. tp best la cerita tu.. hantu2 tu paling seram b ...

I follow idan ni start dr wizard wanna walk...smpi smk..best gak budak ni selain dr sorang lg dlm citer i tanggang tuh..apa tah nama gegurl tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 05:53 PM | Show all posts
iols pun tengok jugak siri ni... so far best je... lakonan2 dan skrip memang agak cringey... tapi boleh la abaikan benda2 tu sebab nampak ada kualiti jugak siri dia... btw baju uniform sekolah theyols cantik yach dan ada identiti sini je rhoper macam ketupat dan acik pegi pasar...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenal dia sebab kakak iols buat talent agency.. Mak dia cakap dia homeschool je.. Pastu belajar English kt YouTube.. Tapi English dia sedaplah didengar.. Rezeki dia.. Sebelum ni kat Disney hotstar ke hapa.. Lupa daa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah dik…nnt acik tgk yer…
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
wikedsaikel replied at 3-11-2022 05:50 PM
Puteri balqis tu patut aim peluang yg ni la

Sorry kaka..kita tertekan report..nak reply.
Putri Balkis nie kalau mak dia normal boleh dapat dah rasanya. Sayang, dia nie dibesarkan oleh orang yang bermasalah. Dia pernah menang award kan peringkat Asia ke Asean tak ingat dah. Masa tu kat Singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 06:53 PM | Show all posts
dekat library sekolah iols dulu ada siri buku mr. midnight ni... haram iols nak baca...
Idan ni ropernyer orang malaysia... iols ingatkan pelakon singapore...
tapi iols tengok trailer dekat netflix mcm bosan jah... iols suka cite horror mcm midnight club tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah,nak..walau achik xkenal but dh lvl international..ini yg kita nak dari org2seni.bkn jaguh kg dgn haL2 kontroversi
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
iols ingatkan dia ni indonesia. ni series mr midnight yg sama mcm horror story book bdk2 tu ke? tgk trailer mcm best tp takut nak tgk

btw, congrats dekk. blh la mendunia pah ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
La ada ya series Mr. Midnight? Nak tengok la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 3-11-2022 09:54 AM
Kenal dia sebab kakak iols buat talent agency.. Mak dia cakap dia homeschool je.. Pastu belajar Engl ...

Youtube memang boleh buat budak2 zaman now pandai English. Anak2 aiol kemain bercakap macam native speaker hanya dengan tengok Youtube jah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita baru tonton sehingga episod 2.
Bolehlah, sesekali melayan siri BBNU.
Terhibur jugalah kita dengan babak-babak lucu dalam siri ini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 3-11-2022 07:33 PM
iols ingatkan dia ni indonesia. ni series mr midnight yg sama mcm horror story book bdk2 tu ke? tgk  ...

Babaknya ada kalanya menyeramkan, tetapi pengarah pandai menukarkan mood seram kepada lucu dalam sekelip mata.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kenal time die blakon jd abg kepada pelari paralimpik...best die belakon...tapau gitu je pelakon hero2 jambu masa kini
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.443233 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list