CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Ketakutan Dengan Kehadiran Badut Pegang Gergaji Rantai

25-10-2022 07:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1420| Komen: 9

Penduduk di Somerset, England gempar susulan laporan tular di media sosial mengenai individu berpakaian badut menakut-nakutkan orang ramai sambil memegang gergaji rantai mainan, lapor akhbar Daily Star semalam.


Penduduk yang tinggal dekat laluan bawah tanah A370 di Worle berkata, badut itu bersembunyi dan tiba-tiba muncul untuk menakut-nakutkan orang awam yang menyeberang laluan berkenaan.


Badut memegang gergaji rantai mainan dikatakan menakut-nakutkan orang ramai yang melalui laluan bawah tanah di Somerset. – Somerset Live

Mereka memberi amaran kepada orang ramai selepas beberapa kejadian ‘usikan’ dikatakan berlaku pada hujung minggu lalu.


Antara  mangsa badut tersebut ialah seorang lelaki bersama kanak-kanak berumur enam tahun. Badut seram itu melompat keluar di hadapan mereka.

Trend badut menakut-nakutkan orang ramai dikatakan berasal daripada sebuah novel seram karya Stephen King keluaran 1986.

Badut jahat yang menari dalam novel itu menakut-nakutkan kanak-kanak selepas dia dirasuk oleh syaitan.

Buku itu kemudian diadaptasi untuk tayangan televisyen pada 1990 dan pada 2017, trend gurauan Badut Pembunuh itu pertama kali bermula.

Laporan pertama adalah mengenai seorang badut yang berdiri berhampiran kawasan hutan sambil berbisik dan menakut-nakutkan kanak-kanak. Beberapa dakwaan mengatakan bahawa mereka mengajak kanak-kanak memasuki hutan.

Sekolah-sekolah pula menjadi sasaran gurauan tersebut dengan anggota polis di seluruh Britain menyelar tindakan itu.

Trend tersebut bagaimanapun tamat begitu sahaja. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 25-10-2022 07:58 PM
Halloween sudah dekat...
Quote noor2 25-10-2022 07:59 PM
Ni semua mental kesan filem2 badut pembunuh....

Bodo kan...
Quote Skuau 25-10-2022 08:15 PM
It 3....(sorry your post....)
Quote Adrif 26-10-2022 08:14 AM
dulu pernah ada kes, prankster badut ni kena tembak orang awam kan

silap sergah orang, nyawa melayang
Quote Tinot7 26-10-2022 08:37 AM
Dengan budak2, verani la..
Quote shernazz 26-10-2022 08:53 AM
Elok2 badut tu utk hiburkan budak2 time besday
Dah budak2 takut plak dgn badut ...
Terpaksa la upah hello kitty atau tom the cat
Quote casper2022 26-10-2022 01:13 PM
badut..awok tgh down ke tu?
Quote ninja boy 26-10-2022 02:56 PM
Mmg best cerita seram bunuh2 kerat2 topeng2 gergaji2 lari2 kejar2 bunuh2 x mati2
Quote HabukBesi 1-11-2022 10:29 AM
banyak tengok dvd ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.055147 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top