CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Saya Tidak Tahu Mengapa Diam?" - Ismail Sabri

25-10-2022 07:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2128| Komen: 21

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan pihak tertentu yang masih diam berhubung laporan pasukan khas siasatan membabitkan memoir tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.


Kata Perdana Menteri, kebiasaannya orang bersalah akan berdiam diri jika terbabit sama.

“Saya tidak tahu mengapa diam? Biasanya orang yang rasa bersalah, dia diamlah. Itu biasanya.


IG Ismail

“Tapi saya tidak tahu (pendirian) mereka dalam isu ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Taklimat Khas Perdana Menteri Sempena PRU-15 dan Monsun Laut 2022 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini. 


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat masih tidak mengulas hasil siasatan dikemukakan pasukan khas dalam laporan 225 muka surat hasil siasatan terhadap dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Hasil siasatan itu kini didedahkan kepada awam apabila Kabinet menyahklasifikasikan hasil siasatan itu pada 13 Oktober lalu.

Pasukan itu turut mengesyorkan Tommy disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (membocorkan maklumat) dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1072.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kini terserah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat Tommy mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Katanya, antaranya di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita dah nyahfikasikan laporan ini, sesiapa saja boleh lihat ini di laman Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 25-10-2022 07:59 PM
22 bulan yang menyeksakan
Quote mojarean_X 25-10-2022 08:01 PM
Cantik bunga kt badan pak mael tu
Quote Highflyer19 25-10-2022 08:22 PM
Biasalah pakatan...kalau kena kat batang hidung sendiri terus diam...pelik jugak knp bersih tak pi demo depan sogo...mungkin dah sedar kebodohan sendiri
Quote alesandra 25-10-2022 08:45 PM
Macai dgn tuan umngok mmg seiring bodoh.apa kesah pendirian ph ke pn..yg penting apa tindakan penguasa...BILA  NAK DAKWA TOMMY THOMAS ???
Quote sam1528 25-10-2022 09:03 PM
alesandra replied at 25-10-2022 08:45 PM
Macai dgn tuan umngok mmg seiring bodoh.apa kesah pendirian ph ke pn..yg penting apa tindakan pengua ...

Jawapan dia ... lepas PRU isu ni krik krik aje lah

Ni politik ala 80 & 90 an

Lah ni orang nak dengar apa plan nak selamatkan ekonomi , sediakan perumahan / pekerjaan , naik kan balik nilai RM etc etc

Setakat ni tak ada sapa dari BN mau pon PN dok cakap pasal isu2 ni
Quote kakikuDibibirmu 25-10-2022 10:11 PM
Diam tanda setuju ikut mazhab zahiri
Quote zamzam 25-10-2022 10:22 PM
sam1528 replied at 25-10-2022 09:03 PM
Jawapan dia ... lepas PRU isu ni krik krik aje lah

Ni politik ala 80 & 90 an

Bab ni tentulah ph juaranya berjanji bulan bintang. Bila menang eh dia boleh buat bodo....
Quote sam1528 25-10-2022 10:45 PM
zamzam replied at 25-10-2022 10:22 PM
Bab ni tentulah ph juaranya berjanji bulan bintang. Bila menang eh dia boleh buat bodo....

Ye ke?

Janji untuk 5 thn bukan 22 bulan

Ni dia janji2 manis untuk 5 thn , PRU13
Screenshot 2022-07-19 at 09-47-09 (15) Facebook2.png
Tu pon Pan Borneo bagi markah kesian


Quote Ladyfreecare 25-10-2022 10:51 PM
sam1528 replied at 25-10-2022 01:03 PM
Jawapan dia ... lepas PRU isu ni krik krik aje lah

Ni politik ala 80 & 90 an

Bukan ke pm dah bentang bajet hari tu kan. Tu patutnya plan dorang kan? Sori kalau silap
Quote albedah 25-10-2022 11:42 PM
Highflyer19 replied at 25-10-2022 08:22 PM
Biasalah pakatan...kalau kena kat batang hidung sendiri terus diam...pelik jugak knp bersih tak pi d ...

Isk.. . Umno pun... Kalu kene tang batang iding sendiri, senyapppp gakkkkkkk...  Bawah kapet terus...
Quote zamzam 26-10-2022 08:01 AM
sam1528 replied at 25-10-2022 10:45 PM
Ye ke?

Janji untuk 5 thn bukan 22 bulan

Sebelum : ptptn hapus
Selepas: dah hutang ptptn kena byar
Quote stingergrumpy 26-10-2022 08:15 AM
zamzam replied at 26-10-2022 08:01 AM
Sebelum : ptptn hapus
Selepas: dah hutang ptptn kena byar

Hapuskheun secara progressive/berperingkat  atau memang lupuskheun terus?...ada baca the fine print of manifesto iteww keww zam2?
Quote sam1528 26-10-2022 09:32 AM
zamzam replied at 26-10-2022 08:01 AM
Sebelum : ptptn hapus
Selepas: dah hutang ptptn kena byar

PRU 14

Hapus PTPTN adalah janji PAS bukan PH

Sudah konfius ka?


Quote sam1528 26-10-2022 09:34 AM
zamzam replied at 26-10-2022 08:01 AM
Sebelum : ptptn hapus
Selepas: dah hutang ptptn kena byar

Persoalan besar : BN yang mulakan skim PTPTN

PRU 15 ni , hutang PTPTN ~ RM65 - 70 billion

Apa plan BN untuk mengatasi isu ini

Selalunya BN lari dari berdepan dengan problem


Quote rashiman 26-10-2022 09:47 AM
Edited by rashiman at 26-10-2022 09:49 AM

Mana pergi suara Ambiga...?
Mana pergi suara Maria Chin...?
Mana pergi suara Majlis Peguam...?

Apa sebenarnya pejuangan mereka....?

kenapa tiba2 jadi pekak, bisu & buta....?
lepas nie tak payahlah terpekik terlolong sana sini.....bersih sana bersih sini
susah mahu percaya ini olang.....

            




Quote takayama 26-10-2022 09:53 AM
lorhhhh kenapa tanya PH atau PN plk
nk tanya BC pun jd pelik
benda camnie patutnyaaaa
tanyalah AG ada kes ke x
atau bila nk dakwa dan bawa ke court
bkn our beloved piyem sekrg ni law backgrounds ke konpius btl kaka jdnya
Quote sicvitaest 26-10-2022 10:33 AM
takayama replied at 26-10-2022 09:53 AM
lorhhhh kenapa tanya PH atau PN plk
nk tanya BC pun jd pelik
benda camnie patutnyaaaa

Me too. Apa isu diorang sebenarnya?
Quote rashiman 26-10-2022 10:35 AM
takayama replied at 26-10-2022 09:53 AM
lorhhhh kenapa tanya PH atau PN plk
nk tanya BC pun jd pelik
benda camnie patutnyaaaa



dia cuma pelik...
selalunya bila ada isu melibatkan badan keadilan, campurtangan pelantikkan hakim, PH atau PN yg teramat bising, terpekik terlolong kat jalanan, kat dataran....
tapi kali nie diam pulak....itu yg dia nak tahu tu...Mengapa Diam? mana pergi yg dikatakan pejuangan menuntut keadilan selama ini.


Quote totokreturn. 26-10-2022 10:38 AM
suci nya PH

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.055978 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top