Dalam satu video tular, Ustazah Asma’ Harun menegaskan tujuan berniqab adalah untuk tidak menarik perhatian orang lain dengan cara menutup wajah.
Dia juga berkata mata dan mulut adalah tarikan utama yang akan mengundang perhatian orang ramai untuk memandang. "Pakai niqab tetapi mata sangat cantik. Tujuan pakai niqab untuk tidak menarik perhatian. Mata dengan mulut tarikan yang kuat bagi wajah, sama ada lelaki ataupun perempuan." "Saya bukan tujukan kepada wanita pakai niqab saja.. semua wanita lah. Cuma bila pakai niqab, keinginan lelaki untuk melihat kecantikan wanita itu kadang-kadang lebih. Bila mereka tengok mata yang dicantikkan berlebih-lebihan, mereka membayangkan lebih lagi. Subhanallah Allahuakbar." Dia turut memberitahu Islam tidak melarang wanita untuk berhias tetapi perlu tahu batas yang dibenarkan syarak. "Sama ada pakai niqab atau tidak, maksudnya biarlah wajah kita natural. Kecuali mungkin pakai bedak sikit, sunblock ke krim untuk menutup cela. Itu kalau kita baca yang ditulis oleh jabatan mufti iaitu dibenarkan syarak supaya ada keyakinan diri, diri itu lebih bersih dan kemas dengan tujuan tersebut. Jangan sampai bertabbaruj." -CARI
|
Tinot7 replied at 25-10-2022 09:10 PM
Ni ka setajah yg dok jilat tangan mamat morocco tu? Betui ka dia jilat?
bakingsoda replied at 25-10-2022 10:59 PM
literally jilat ke?
bakingsoda replied at 25-10-2022 10:59 PM
literally jilat ke?
ADVERTISEMENT