Selain tumpuan terhadap isu curang Rizky Billar dan Lesti Kejora, mahligai perkahwinan pasangan terkenal Krisdayanti dan juga suaminya, Raul Lemos turut mencuri perhatian netizen, khususnya di Indonesia ketika ini.
Umum mengetahui bahawa Krisdayanti atau mesra disapa KD menjalani kehidupan rumah tangga secara jarak jauh bersama Raul. Diva terkenal Indonesia itu bersama anak-anaknya menetap di Jakarta, manakala Raul pula di Timor Leste. Menurut khabar angin yang beredar, dikatakan rumah tangga Krisdayanti dan Raul kini sedang ‘bergelora’ disebabkan kehadiran insan ketiga dalam hubungan mereka sebagai suami isteri. Sebuah stesen televisyen swasta tempatan memberitakan bahawa Raul dikhabarkan memiliki seorang wanita simpanan di Timor Leste. Bahkan laporan tersebut turut memberitahu bahawa pelantun lagu Mencintaimu itu bakal dimadukan oleh suaminya. Bagaimanapun, gosip mengenai kecurangan Raul terhadap Krisdayanti turut mendapat komen negatif daripada netizen apabila menyebut bahawa penyanyi berusia 47 tahun itu sedang menerima ‘karma’ atas perbuatan silamnya. Netizen mula mengungkit kisah lalu apabila mengingatkan perjalanan cinta antara Krisdayanti dan Raul apabila mereka menjalinkan hubungan sulit ketika masih bergelar suami isteri kepada pasangan masing-masing. Lantas Krisdayanti akhirnya memutuskan untuk berpisah dengan suaminya iaitu penyanyi juga komposer terkenal, Anang Hermansyah untuk menikahi Raul. “Krisdayanti sebelumnya juga pernah berlaku curang terhadap Anang (bekas suami). Kini dia sedang melalui karma,” ujar seorang netizen. -CARI Sumber: Kosmo
|
mehmet replied at 5-10-2022 07:12 AM
Anang kawan dgn Incess, cintan cintun. Masuk Ashanty, terus Anang cintan betul². Itu kasihan dgn In ...
mehmet replied at 5-10-2022 07:10 AM
Mak ameena nampak Dua ini beromen.
Waktu itu pun si Timor Leste suami orang.
hareeeesah replied at 5-10-2022 02:33 PM
Mcm mana rupa kd ni without makeup? Mcm x penah tgk dia xmakeup.. mesti basic typical indo kan
ketambangkang replied at 5-10-2022 03:52 PM
ade je u..u google je kris dayanti without make up..berkerak jugak u
ADVERTISEMENT