CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Peminat Malaysia Dah Menggelupur Tunggu Tiket Konsert Westlife, Kenapa Jual Offline?

7-10-2022 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1271| Komen: 2

Description: Kumpulan legenda antarabangsa popular Westlife kembali untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur, Malaysia.
Kumpulan legenda antarabangsa popular Westlife kembali untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur, Malaysia. 



Menerusi laman sosial Instagram penganjur rasmi, Trumpet International, pihak mereka  mengumumkan kumpulan ini akan kembali melakukan konsert di Malaysia selepas konsert terakhir mereka di sini pada tahun 2019 dahulu.


 

Kumpulan yang dianggotai Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan, dan Mark Feehily ini menjadi kegilaan ramai dengan lagu-lagu sensasi seperti Swear It Again,  My Love, I Lay My Love On You, If I Let You Go dan banyak lagi!

Di laman sosial Twitter, ramai wargamaya meluahkan rasa teruja dan tidak sabar mereka untuk ‘melayan’ perasaan di dalam konsert yang akan diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Februari 2023 depan. 




IG Trumpet

Tiket akan mula dijual secara atas talian pula bermula pada 11 Oktober 2022 bermula pada harga RM294, RM394, RM494, RM594, RM794, dan RM884 tidak termasuk yuran pembayaran. 

Dalam pada itu, ada wargamaya yang turut meluahkan rasa kesal mereka apabila pihak penganjur bertindak mengadakan pembelian tiket secara offline di mana peminat boleh beratur di tempat yang disediakan pada 10 Oktober ini.






Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 7-10-2022 12:17 PM
tix yang paling mur pon mahal bagi iols iols suka BSB lagi berbanding Westlife. Tapi lagu2 diorang ofcoz iols layan yach
Quote Page88 8-10-2022 07:33 AM
The tickets are expensive.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.051106 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top