Hampir sebulan menghilang, Pencetus Ummah (PU) Azman akhirnya muncul dengan memuat naik sekeping foto di Instagram yang memaparkan dia menghadiri sebuah acara kenduri pada Selasa.
Menerusi foto berkenaan, PU Azman atau Azman Syah Alias, 41, dilihat sedang berdiri bergambar dipercayai bersama beberapa ahli keluarganya. Namun apa yang menjadi perhatian pengikutnya, susuk tubuh pendakwah bebas itu yang memakai kemeja-T berwarna biru gelap dan berkopiah hitam kelihatan agak cengkung daripada kebiasaan. "Alhamdulillah, jarang dapat kumpul, semua lengkap," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.
Sementara itu, menerusi ruang komen hantaran berkenaan, pengikutnya menyambut baik kemunculan semula pendakwah itu selepas kali terakhir memuat naik posting di Instagram pada 3 September lalu. Malah ramai peminat meluahkan rasa rindu dengan gurau senda dan tazkirah serta perkongsian ilmunya di radio. "Lama tak nampak... lesu nampak muka Cik Man. "Alhamdulillah, lama Cik Man tak update. Rindu gurau senda Cik Man dekat Suria FM. "Cik Man okay? Semoga baik-baik sahaja untuk Cik Man. Lama menyepi," antara komen netizen.
|
3chanceno replied at 5-10-2022 08:23 AM
Kenapa kes dia takde press statement dari polis? Senyap je lepas habis reman tu hari
sweetgirl replied at 5-10-2022 08:35 AM
maaf nak tau kes apa ye Cikman ni... jauh betul tggal ketapi ni
lasagna replied at 5-10-2022 08:06 AM
haaa muncul dah cik man, tak tau laa camne kes dia tu.. rasa tak settle lg.
moga cik man sihat2 jer, ...
innocent_me replied at 5-10-2022 09:23 AM
Selalunya yg berani muncul ni tak bersalah.
Berbelah bagi meols jadinya.
Selalunya meols jenis per ...
alesandra replied at 5-10-2022 09:28 AM
mungkin bukan x settle tapi xde kes kot.bukti x cukup
suka2 replied at 5-10-2022 09:34 AM
Tak juga. Sbb ramai yg fikir "kalau tak salah, apa nak takut" ni la org2 gini muka selamba je buat ...
innocent_me replied at 5-10-2022 09:23 AM
Selalunya yg berani muncul ni tak bersalah.
Berbelah bagi meols jadinya.
Selalunya meols jenis per ...
AWEKSAMURAI replied at 5-10-2022 09:37 AM
Kan?? Takkan lah kalau betul dia nk muncul hopefully smoga kebenaran terbukti
innocent_me replied at 5-10-2022 09:23 AM
Selalunya yg berani muncul ni tak bersalah.
Berbelah bagi meols jadinya.
Selalunya meols jenis per ...
ADVERTISEMENT