CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nenek Mati Dibunuh, Farhan Asri Minta Bantuan Rakyat Malaysia Cari Pembunuh

5-10-2022 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8046| Komen: 48

Description: Warga emas dikenali sebagai Datin Noraida Nordin yang terbunuh dalam kejadian pergelutan dan pecah masuk di Taman Paroi Jaya, Seremban pada 23 September lalu ialah nenek kepada pelakon Farhan Asri.
Warga emas dikenali sebagai Datin Noraida Nordin yang terbunuh dalam kejadian pergelutan dan pecah masuk di Taman Paroi Jaya, Seremban pada 23 September lalu ialah nenek kepada pelakon Farhan Asri.


Farhan atau Muhamad Farhan Mohd Asri, 25, berkata, dia dan keluarganya masih trauma dengan insiden berkenaan apatah lagi sehingga kini suspek masih belum dapat ditangkap.

Foto: mStar

"Sehingga kini suspek yang mempunyai pertalian keluarga masih belum dapat ditangkap.

"Tetapi kami belum berputus harap untuk menuntut keadilan kematian nenek apatah lagi saya melihat sendiri keadaannya selepas kejadian hitam itu berlaku," katanya kepada mStar.




Mengenai peristiwa itu, Farhan menerusi hantaran di Instagram memohon bantuan orang ramai mengesan suspek yang dikenali sebagai Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, beralamat di Kampung Berkat Chembong, Rembau untuk tampil membantu siasatan kes terbabit.

Hasil siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati terdapat kesan kecederaan pada anggota badan mangsa yang berusia 75 tahun dan beberapa barangan peribadi miliknya termasuk barang kemas lesap.

Dalam pada itu, Farhan memberitahu ahli keluarga menyedari sesuatu tidak kena berlaku kepada neneknya apabila warga emas itu gagal dihubungi pada petang hari kejadian.



Kata Farhan, kebiasaannya mereka akan menelefon atau pergi ke rumah neneknya setiap hari untuk bertanya keadaan namun pada hari tersebut mereka tidak ke sana.

"Selepas Asar kami ada telefon nenek tetapi tidak berjawab. Kami mengandaikan sesuatu berlaku sama ada nenek jatuh bilik air atau tangga.

"Apatah lagi datuk juga tidak berapa sihat kerana mengalami masalah katarak tetapi masih boleh mendengar dengan baik dan peka terhadap keadaan sekeliling," katanya.



Cerita Farhan lagi, sekitar pukul 7 petang, datuknya, Datuk Madzlan Ahmad, 82, berasa tidak sedap hati kerana isterinya itu tidak masuk ke bilik untuk melakukan solat Maghrib namun apabila dipanggil warga emas itu tidak menyahut.

"Datuk memanggil nenek beberapa kali tetapi tidak disahut. Atuk keluar dari bilik dan menjerit meminta tolong daripada jiran.

"Ketika jiran masuk ke rumah, mereka menemui nenek sudah terbaring di atas sofa," jelasnya.

Sementara itu, Farhan memberitahu sebelum ini sudah beberapa kali suspek datang ke rumah neneknya untuk meminjam wang namun tidak dapat memberi dalam jumlah yang banyak kerana arwah ingin menggunakan duit untuk mengadakan kenduri.




"Sebelum kejadian pembunuhan berlaku, ada beberapa kali suspek datang ke rumah untuk meminjam duit.

"Kali kedua dia datang datuk hanya memberi sedikit wang. Terakhir, memang dia datang membawa makanan dan ketika itulah nenek saya telah mati dibunuh," jelasnya.



Sehingga kini, suspek tidak dapat dikesan dan kali terakhir isterinya dihubungi memaklumkan suspek ada pulang ke rumah mencuci baju sebelum keluar semula dengan berpakaian putih.

"Saya tidak boleh berdiam diri dan berharap suspek ditemui segera bagi membantu siasatan," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 5-10-2022 08:15 AM
sedih baca kes tragis ni. iols teringat arwah nenek iols jer sbnrnye. kalau iols jd dia, i ll do the same gak kot. akan hebahkan utk org awam.
Quote Hoshhi 5-10-2022 08:55 AM
Kesiannya. yang buat jahat tu kau takkan terlepas dekat dunia dan akhirat. Siaplah kau ke tali gantung
Quote telracs 5-10-2022 09:00 AM
Takziah.
Semoga urusan mereka dipermudahkan-Nya.
Tapi, farhan who?
Pelakon cerita apa?
Quote Nenolen 5-10-2022 09:03 AM
salam takziah…bole kemurungan sebb kehilangan org tercinta dgn tragis…moga cepat dpt tangkap si pelaku, amin.
Quote imanjannah 5-10-2022 09:04 AM
ooo itu rupa muka suspek
Quote Zazama 5-10-2022 09:09 AM
Semoga suspek dapat ditangkap dan alfatihah (dibaca) untuk arwah.
Quote dewi_rina 5-10-2022 09:13 AM
org kaya rupanya, takut betul kehidupan ni.. hari2 ada berita tragis dari dulu lagi
Quote babelina 5-10-2022 09:13 AM
moga pembunuh neneknya tertangkap..
aku ada tgk dia blakon..ok juga.. dia ada slang jawa cikit bila bckp.. moga masa dpn dia dlm industri cerah..
Quote innocent_me 5-10-2022 09:17 AM
Sebenarnya meols tak kenal budak ni, hensem.
Rasa tumpang sedih pulak, nampak dia rapat sgt dengan neneknya. Cara pemergian nenek pulak mengejut n tragis. Semoga tabah la dia sekeluarga. Tak boleh imagine keadaan tu. Takziah.
Quote keys 5-10-2022 09:19 AM
Sedihnya. Arwah pemurah tapi dibalas begini.
Quote Zeatyisaac 5-10-2022 09:42 AM
Salam Takziah! Al-Fatihah!
Quote cicicumel 5-10-2022 09:48 AM
Usop wilcha junior
Quote lasagna 5-10-2022 09:52 AM
jap jap.. konfius sket, adakah heols ni kembar ke camne, muka sama plak dgn yg sorg lagi tu. by da way, iols tak prnh tgk heols ni berlakon. tp case ni tau gak laa sket2. salam takziah utk heols.
Quote Nnasda53 5-10-2022 09:52 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Semoga si pelaku di tangkap segera.
Moga ahli keluarga tabah.
Quote kucingitam 5-10-2022 09:53 AM
nak duit kerja lah..ni kalau tak taik dadah, taik judi..
Quote MsIda 5-10-2022 09:54 AM
Salam takziah & semoga ada keadilan buat mereka
Quote miszclassique 5-10-2022 10:16 AM
telracs replied at 5-10-2022 09:00 AM
Takziah.
Semoga urusan mereka dipermudahkan-Nya.
Tapi, farhan who?

Taktau ada berlakon ke tak tapi dia ni dulu masuk hero remaja
Satu batch dengan kidkylo, harris annuar kalau tak silap
Quote terpaling 5-10-2022 10:20 AM
innalillah.. takziah untuk family ni.. tapi farhan ni sapo?? tak pernah nampak..
Quote EJALTI 5-10-2022 10:24 AM
Takziah.  Semoga dapat ditangkap si pesalah

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.054099 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top