CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Badan Dan Otak Penat,"Terlampau Kuat Bekerja, Maya Karin Diserang Anxiety Di Set Shooting

4-10-2022 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1591| Komen: 9

Maya Karin berkongsi pengalaman diserang anxiety atau kebimbangan melampau di lokasi penggambaran filem Telaga Suriram pada pagi Selasa.

Menurut Maya, 42, dia sendiri pelik kerana kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba ketika dia sedang melakukan sebuah babak di dalam air.

Foto: IG

"Anxiety menyerang saya lagi ketika penggambaran babak dalam air.

"Saya terpaksa berehat seketika sekitar pukul 3 pagi dan mengambil oksigen. Nasib baik ada pasukan perubatan di set.

"Itu yang pelik, bukanya saya tak boleh berenang, ataupun tak biasa dengan air," katanya.




Maya berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Tambah Maya lagi keadaan dirinya yang kurang rehat juga dipercayai menjadi punca diserang penyakit tersebut.


"Antara punca semalam adalah terlalu penat disebabkan jadual kerja yang pada di Singapura dan terus sahaja ke set penggambaran untuk melakukan babak dalam air.


"Badan dan otak saya penat. Otak saya macam 'jem' bila nak selam, tahan nafas dan berlakon tengah-tengah malam," ujarnya.

Maya sebelum ini pernah mendedahkan dia berdepan dengan masalah gangguan keresahan atau anxiety sejak lapan tahun lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 4-10-2022 06:58 PM
gws ya dek maya
Quote naina 4-10-2022 08:51 PM
Lately ramai ya hidap penyakit ni
Aku pun tak berapa faham situasinya cmne
Ada member aku pun cmni tengah drive tibe2 mai anxiety dia kalut call Asben dia..
Kalau kita nerves tu berdebar2 nak buat presentation sama tak?
Quote Perawankota 5-10-2022 02:43 AM
Anxiety tak kira masa... Gambar atas tu nmpk berumur dah acik maya ni
Quote Diamje 5-10-2022 05:44 AM
Aku kena kt airport tau..anxiety attack tetiba. Mmg kena ada org teman..bantu tenangkan diri kita ni.
Quote Imkhai 5-10-2022 07:18 AM
Anxiety jgn bt main aku pnh kena time pkp ari tu thn je yg tahu time tu mcm mn gemuruh brdebar  rs diri x selamat rs nk mati je
Quote Solokkk 5-10-2022 07:28 AM
GWS ………
Quote miamiot 5-10-2022 07:30 AM
naina replied at 4-10-2022 08:51 PM
Lately ramai ya hidap penyakit ni
Aku pun tak berapa faham situasinya cmne
Ada member aku pun cmni t ...

Yg nervous nk presentation tu org panggil anxiety attack Kejap je lps2 tu hilang , kalau anxiety disorder ni mau mkn Hari , mkn bulan , mkn tahun ... Tido x blh , pandang kiri salah pandang kanan salah resah ntah apa2 , sampai sakit perut x tauu nk ckp .... Kira mkn dalam la
Quote rogayahtop 5-10-2022 07:35 AM
untung org malaysia semua psych disorder boleh belajar dr retis, OCD, bipolar, delusion, anxiety attack semua ada.
Quote prince_marhaen 5-10-2022 08:45 AM
mungkin acik maya terkejut terbau tiak sendiri dalam air lantas sesak nafas dan panik? aiyoooohhh! meols tetap nak attack acik maya punya enviromental friendly habit... hahaha

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.039356 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top