CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mengaku Ajak Elly Menari, Yang Penting Jaclyn Tak Terlupa Lirik

4-10-2022 06:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1162| Komen: 3

Description: Penyanyi Jaclyn Victor menjelaskan aksi pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Elly Mazlien yang masuk ke tengah pentas dan menari bersamanya itu adalah dirancang oleh dirinya sendiri.Malah, ...
Penyanyi Jaclyn Victor menjelaskan aksi pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Elly Mazlien yang masuk ke tengah pentas dan menari bersamanya itu adalah dirancang oleh dirinya sendiri.


Malah, Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac berkata, dia yang mengajak Elly menari bersamanya dan sama sekali tidak mengganggu persembahannya.



"Idea tercetus memandangkan Kak Lina pernah membawakan lagu yang sama ketika menyertai GV sebelum ini. Jadi fokus saya tidak terganggu kerana saya yang merancangnya.

"Ya saya memang tergelak sebab tengok aksi Kak Lina yang macam terkejut bila dia bawa keluar dari pentas oleh penari. Wajahnya itu yang membuatkan saya tertawa.


"Namun apa yang penting saya tidak terlupa lirik dan kembali membuat persembahan seperti biasa selepas itu," katanya kepada Harian Metro.

Tindakan Elly memeriahkan persembahan Jac ketika penyanyi itu menyampaikan lagu Perawan atau Janda mendapat kritikan sesetengah pihak.

Mengulas mengenai persembahannya pada malam Ahad, penyanyi yang memiliki vokal hebat itu mengakui sangat mencabar kerana tidak pernah menyanyikan lagu dangdut.

Persembahan Jac mendapat tepukan gemuruh dan pujian juri Datuk Syafinaz yang menganggap Jac seorang penyanyi hebat yang bersedia membawakan apa juga genre.

Mengekalkan kedudukan di tangga kelima pada konsert ketiga, Jac akan berusaha memberikan lebih baik Ahad ini menerusi lagi You Raise Me Up.

"Bagi saya jangan risau soal terkeluar, tetapi berikan yang terbaik setiap minggu," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote casper2022 4-10-2022 07:20 PM
Edited by casper2022 at 14-10-2023 12:51 PM

.........................................
Quote Perawankota 5-10-2022 02:36 AM
Nurtizen over sangat
Quote imransulaiman 5-10-2022 05:39 AM
OK je pun tengok kesewelan kak lina ganti jihan. Netizen yang tak positive thinking

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.045425 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top