CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kita Tidak Akan Membodohkan Diri Kita Untuk Membuat Sesuatu Atas Arahan Sesiapa Pun,"-Erma Fatima

5-10-2022 07:48 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7104| Komen: 80|Original author: Tatod

Sumber IG/ Utusan Online


Penerbit drama Perempuan Itu, Erma Fatima memaklumkan dia sama sekali tidak tahu kenyataan Zul Ariffin yang seolah-olah berbaur sindiran itu ditujukan kepada siapa kerana hanya aktor oitu sahaja tahu maksud disebalik ungkapan tersebut.

"Hanya dia sahaja yang tahu, saya rasa dia lebih mengetahui apa yang dia ucapkan dan kenapa dia begitu. 

"Dalam hal ini, tiada siapa malaikat dan tiada siapa syaitan. Ini adalah tanggungjawab setiap manusia terhadap karier. Saya percaya Zul ada tanggungjawab sebagai pelakon dan pengarah juga ada tanggungjawab dia. Saya sebagai produser juga ada tanggungjawab.



"Kalau dia kata orang lain malaikat, saya pun tak tahu siapa malaikat itu. Bagi saya, apa yang berlaku ini adalah pesan kepada semua orang termasuklah diri saya, pengarah dan juga pelakon lain," katanya kepada mStar mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Zul selepas menerima hukuman denda RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan sumbang di media sosial.

Kata pemilik nama sebenar Fatimah Rahman Ali lagi, sebagai pelakon perlu menggunakan kewarasan akal fikiran sebelum melakukan sesuatu perkara meskipun menerima arahan daripada orang lain.

"Ini bukan masa untuk menuding jari dengan menyatakan kau syaitan aku malaikat.

"Saya tak mampu nak berkata apa-apa sebab dalam hal ini dia yang muat naik dan dia sahaja yang tahu kenapa dia buat begitu dan siapa yang suruh buat begitu.


"Pelakon juga diberikan otak untuk berfikir, apabila membuat sesuatu itu di atas kewarasan kita. Kita tidak akan membodohkan diri kita untuk membuat sesuatu atas arahan sesiapa pun. Dia sendiri harus fikir di mana dia nak meletakkan diri dia sebagai pelakon.

"Saya tidak tahu dan tidak faham apa yang dimaksudkan Zul. Bagi saya, bukan Zul seorang yang bersalah... salah itu terletak pada semua orang bukan dia seorang dalam hal ini tetapi dia yang muat naik itu. Siapa yang suruh muat naik video itu?" katanya.

Dalam pada itu, Erma menghormati keputusan yang dibuat mahkamah dan baginya jika kesalahan tersebut membabitkan produksi yang membikin filem, sudah pasti pihaknya juga akan dijatuhkan hukuman. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HelgaPataki 5-10-2022 08:46 AM
Promote salah, tak promote salah. Aptb
Quote telracs 5-10-2022 08:51 AM
HelgaPataki replied at 5-10-2022 12:46 AM
Promote salah, tak promote salah. Aptb

Jangan promote yang mengundang.

Eh, tapi promote yang tak mengundang nanti tak de orang nak tengok pulak.

Quote lasagna 5-10-2022 08:56 AM
muahahahahahaha sentap ke kak? lenkali jgn buat cerita soft porn. itu jer.
Quote cikenit2007 5-10-2022 09:02 AM
Ermmm alahai...
Quote HelgaPataki 5-10-2022 09:03 AM
telracs replied at 5-10-2022 08:51 AM
Jangan promote yang mengundang.

Eh, tapi promote yang tak mengundang nanti tak de orang nak tengo ...

Tapi tu la, video tu dh mcm official teaser kan, mestilah jul dpt dari pihak produksi. Takkan dia nak edit sendiri pastu insert scene dukung semata-mata nak post kat ig kan hikhik
Quote chandrahusin 5-10-2022 09:12 AM
Antara Erma dgn Zul
Aku lebih percaya Zul
Zul mmg dh tau pilih utk menyedap2 bila berlakon
Yg Erma jenis nak nmpak baik.. prfttr
Quote Piramida 5-10-2022 09:15 AM
Ya nampak baik.. Berusrah sana sini bermaulud maulid.
Tapi entahlahhh.
Quote bedahmenjuyah 5-10-2022 09:15 AM
Sentap ke achik? Itu ari panggil adik bekap. Adik tak nak kasi sepatah dua kata ke.
Quote lyshafull 5-10-2022 09:16 AM
"Saya tidak tahu dan tidak faham apa yang dimaksudkan Zul. Bagi saya, bukan Zul seorang yang bersalah... salah itu terletak pada semua orang bukan dia seorang dalam hal ini tetapi dia yang muat naik itu. Siapa yang suruh muat naik video itu?

Red flag nye statement kak
dia ke yg buat cerita ? so siapa yg edit vid tu ? bukan team ko ?
kira okay la dia ngaku je malas nk pnjng cerita
Quote KBW2 5-10-2022 09:17 AM
Toksoh melebonglahhhhh
Quote mizzmimi 5-10-2022 09:26 AM
Juporn cakap sepatah ayat, berjela2 dibalasnya. Like terasa ke kak.. bertutup litup tapi produce soft porn.. kosernye nak percaya.
Quote mizzmimi 5-10-2022 09:27 AM
HelgaPataki replied at 5-10-2022 09:03 AM
Tapi tu la, video tu dh mcm official teaser kan, mestilah jul dpt dari pihak produksi. Takkan dia  ...

Marketing stunt went wrong kekdahnya
Quote missHaidiD 5-10-2022 09:47 AM
Ni la namanya penunggang agama. Pakai tudung paras pusat tp bwh berair. Suka naw buat cite2 soft porn.

Quote Pak.dolla 5-10-2022 09:51 AM
Gimik je kot depa ni?
Ntah² kt blkg depa bebaik ja...citer ni dh nk keluar kat tv kan?
Quote puanserama 5-10-2022 09:53 AM
Satu je nak cakap

Padan muka korang
Quote Nnasda53 5-10-2022 09:57 AM
Baik la ko diam je.
Imej muslimah tak menjanjikan dapat menahan nafsu benda2 laro.
Harap jul ripin tak promote citer ni nak tgk pompuan ni meroyan ke tidak
Quote ALDRIN 5-10-2022 10:04 AM
Iols terkejut gak Erma ni buat drama ala2 soft porn despite of her image tuuu..
Tp iols personally mmg x berapa suka Erma ni...ada aura kerek, cam bagus...
Quote Fly_over 5-10-2022 10:14 AM
jahat la statement mcm ni. 30k tu bayo sama2 la.. dia tu kerja dgn korg. apa2 pn mesti arahan dari korg. pastu korg cuci tgn ek. bukan bamjul x salah. tp korg pn salah. pastu ckp, sapa suruh upload? amboi ko… g usrah main tepon ke?
Quote Rogue98 5-10-2022 10:17 AM
Habis tu siapa yang arahkan scene tu....siap camera roll and edit bagai and distributed the video....zul tu hanya berlakon saja ikut arahan...

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.070877 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top