Sumber IG/ Utusan Online
Penerbit drama Perempuan Itu, Erma Fatima memaklumkan dia sama sekali tidak tahu kenyataan Zul Ariffin yang seolah-olah berbaur sindiran itu ditujukan kepada siapa kerana hanya aktor oitu sahaja tahu maksud disebalik ungkapan tersebut.
"Hanya dia sahaja yang tahu, saya rasa dia lebih mengetahui apa yang dia ucapkan dan kenapa dia begitu.
"Dalam hal ini, tiada siapa malaikat dan tiada siapa syaitan. Ini adalah tanggungjawab setiap manusia terhadap karier. Saya percaya Zul ada tanggungjawab sebagai pelakon dan pengarah juga ada tanggungjawab dia. Saya sebagai produser juga ada tanggungjawab.
"Kalau dia kata orang lain malaikat, saya pun tak tahu siapa malaikat itu. Bagi saya, apa yang berlaku ini adalah pesan kepada semua orang termasuklah diri saya, pengarah dan juga pelakon lain," katanya kepada mStar mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Zul selepas menerima hukuman denda RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan sumbang di media sosial.
Kata pemilik nama sebenar Fatimah Rahman Ali lagi, sebagai pelakon perlu menggunakan kewarasan akal fikiran sebelum melakukan sesuatu perkara meskipun menerima arahan daripada orang lain.
"Ini bukan masa untuk menuding jari dengan menyatakan kau syaitan aku malaikat.
"Saya tak mampu nak berkata apa-apa sebab dalam hal ini dia yang muat naik dan dia sahaja yang tahu kenapa dia buat begitu dan siapa yang suruh buat begitu.
"elakon juga diberikan otak untuk berfikir, apabila membuat sesuatu itu di atas kewarasan kita. Kita tidak akan membodohkan diri kita untuk membuat sesuatu atas arahan sesiapa pun. Dia sendiri harus fikir di mana dia nak meletakkan diri dia sebagai pelakon.
"Saya tidak tahu dan tidak faham apa yang dimaksudkan Zul. Bagi saya, bukan Zul seorang yang bersalah... salah itu terletak pada semua orang bukan dia seorang dalam hal ini tetapi dia yang muat naik itu. Siapa yang suruh muat naik video itu?" katanya.
Dalam pada itu, Erma menghormati keputusan yang dibuat mahkamah dan baginya jika kesalahan tersebut membabitkan produksi yang membikin filem, sudah pasti pihaknya juga akan dijatuhkan hukuman. -CARI
|