Noraniza Idris tampil menjelaskan mengenai jualan tiket yang didakwa sendu hingga Konsert Malai Solo terpaksa ditangguh. Katanya ketika diwawancara program Melodi TV3, penangguhan itu dibuat memandangkan dia sebenarnya belum membuat persediaan penuh untuk konsert berkenaan, bukan kerana tiket tidak laku. “Selepas saya buat sidang media, pihak saya terpaksa membuat promosi maksimum sebab melihat kepada faktor persediaan saya dan tarikh sebab ia sangat suntuk dan agak sukar bagi kami untuk merealisasikannya. “Bila melihat kepada komitmen saya, saya tidak dapat memberi komitmen untuk mempromosikan konsert Malai Solo, jadi ia sedikit sebanyak menjejaskan promosi penjualan tiket.
“Terjual pun hanya 15 peratus tetapi saya bersyukur kerana masih ada masa untuk membuat pembayaran balik sebelum kami mengumumkan tarikh yang baharu,” katanya yang dipetik XTRA. Dalam pada itu, dia turut mengakui kesilapannya gagal menyusun jadual dengan baik. Mustahil untuk mengadakan konsert dalam masa tiga minggu lagi, katanya. “Jadual saya terlampau padat dengan aktiviti dan undangan persembahan yang sudah ditempah terlalu awal. “Saya tak mahu menipu peminat, biarlah peminat melihat saya betul-betul bersedia ketika membuat persembahan jadi eloklah saya buat penangguhan untuk saya membuat persediaan,” jelasnya. Katanya, Konsert Malai Solo akan dilaksanakan pada tahun ini juga. Dia juga sempat meminta maaf dan berterima kasih kepada peminat yang telah membeli tiket konsertnya itu. Konsert Malai Solo dijadulkan pada 21 hingga 23 Oktober ini terpaksa ditangguhkan atas beberapa faktor seperti kesihatan dan kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan pada bulan ini. - CARI
|
Olumis replied at 4-10-2022 07:53 AM
Ahhh... Ini semua alasan. Dah tau nak buat konsert, confirmla dah buat latihan lebih awal. Tipu jer ...
ADVERTISEMENT