Penyanyi era 90-an, Hasnol Hassan Arif, 52, tampil mendedahkan rumah tangga yang dibina bersama isteri, Marina Mohin bakal terlerai pada pagi Khamis nanti di Mahkamah Syariah Bangi.
Menerusi laporan Harian Metro, kata Hasnol, dia mengambil tindakan berkongsi perkara itu untuk makluman kepada umum bagi mengelakkan timbulnya fitnah ke atas mereka selepas ini.
Penyanyi yang popular dengan lagu Laguku Untukmu itu turut menjelaskan, perpisahan mereka adalah secara baik dan tiada permusuhan.
Sumber mStar
"Cuma kami tiada persefahaman. Jodoh kami sampai sini sahaja. Allahu a'lam," katanya menerusi Whatsapp kepada Harian Metro.
Hasnol juga berkata, rumah tangganya sudah tidak dapat diselamatkan lagi walaupun sudah cuba untuk mempertahankan mahligai tersebut.
"Selama ini saya dah lama bertahan. Kami pernah duduk berasingan banyak kali pada 2013, 2015 dan 2016 bagi mencari penyelesaian.
"Bagaimanapun saya tetap memendam rasa dan kali ini nekad baiklah masing-masing bawa haluan sendiri.
Sumber KopiPlanet
"Saya nak hidup tenang tanpa fikirkan apa-apa lagi selepas ini," katanya.
Tambahnya lagi, selepas urusan lafaz cerai di mahkamah, dia akan terus pulang ke Sungai Buloh, Selangor untuk tinggal dan menjaga ibunya yang kini berusia 77 tahun.
Sebelum mendedahkan perkara itu kepada Harian Metro, kata Hasnol, keputusan untuk berpisah dengan isteri pada awalnya hanya diketahui oleh ibu, adik dan sahabat karibnya.
"Saya nampak isteri mahukan kemasyhuran dan populariti. Apapun, tak mengapa kerana kehendak Allah belaka.
"Saya tak perlu pening-pening lagi selepas Khamis ini," katanya.
Sumber FB
Untuk info, Hasnol menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, dikurniakan tiga anak iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18.
Hasnol berkahwin buat kali kedua dengan Marina pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Haneesa Maisara yang kini berusia 11 tahun.
Terdahulu, pada 2015, sebuah portal hiburan melaporkan rumah tangga penyanyi itu bergolak, namun kembali pulih seperti sedia kala. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
"Saya nampak isteri mahukan kemasyhuran dan populariti. Apapun tak mengapa kerana semuanya kehendak Allah belaka.
ayat tak boleh blah..... pasti ker bini ko nak populariti??? selama nih ko pon sendu, dia pon org tak kenal, tetiba ko nak claim bini ko nak famous jer.....
ckp jer lar tak sefahaman, jodoh dah tak ada so bawak haluan memasing....
mamat nih kerja apa jer selain menyanyi sendu sekapal ngan fadzley tukang masak tuh....
Penyanyi era 90-an, Hasnol Hassan Arif, 52, tampil mendedahkan rumah tangga yang dibina bersama isteri, Marina Mohin bakal terlerai pada pagi Khamis nanti di Mahkamah Syariah Bangi.
Menerusi laporan Harian Metro, kata Hasnol, dia mengambil tindakan berkongsi perkara itu untuk makluman kepada umum bagi mengelakkan timbulnya fitnah ke atas mereka selepas ini.
Penyanyi yang popular dengan lagu Laguku Untukmu itu turut menjelaskan, perpisahan mereka adalah secara baik dan tiada permusuhan.
Sumber mStar
"Cuma kami tiada persefahaman. Jodoh kami sampai sini sahaja. Allahu a'lam," katanya menerusi Whatsapp kepada Harian Metro.
Hasnol juga berkata, rumah tangganya sudah tidak dapat diselamatkan lagi walaupun sudah cuba untuk mempertahankan mahligai tersebut.
"Selama ini saya dah lama bertahan. Kami pernah duduk berasingan banyak kali pada 2013, 2015 dan 2016 bagi mencari penyelesaian.
"Bagaimanapun saya tetap memendam rasa dan kali ini nekad baiklah masing-masing bawa haluan sendiri.
Sumber KopiPlanet
"Saya nak hidup tenang tanpa fikirkan apa-apa lagi selepas ini," katanya.
Tambahnya lagi, selepas urusan lafaz cerai di mahkamah, dia akan terus pulang ke Sungai Buloh, Selangor untuk tinggal dan menjaga ibunya yang kini berusia 77 tahun.
Sebelum mendedahkan perkara itu kepada Harian Metro, kata Hasnol, keputusan untuk berpisah dengan isteri pada awalnya hanya diketahui oleh ibu, adik dan sahabat karibnya.
"Saya nampak isteri mahukan kemasyhuran dan populariti. Apapun, tak mengapa kerana kehendak Allah belaka.
"Saya tak perlu pening-pening lagi selepas Khamis ini," katanya.
Sumber FB
Untuk info, Hasnol menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, dikurniakan tiga anak iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18.
Hasnol berkahwin buat kali kedua dengan Marina pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Haneesa Maisara yang kini berusia 11 tahun.
Terdahulu, pada 2015, sebuah portal hiburan melaporkan rumah tangga penyanyi itu bergolak, namun kembali pulih seperti sedia kala. - CARI
Macam pelik statement dia.. Dia penyanyi sudah pasti perlukan populariti, alih2 bini nak cerai sebab mahu kemasyhuran dan populariti.. Pernah tengok dalam satu siaran tv, dia ditemuramah sebab dah takde job, meniaga tapi lingkup, hidup susah.. Masa tu bini dia sama2 hidup susah.. Kalau selamanya mcm tu memang laa bini tu tak sanggup.. Anak ramai, laki takde kerja tetap..