CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8673|Reply: 77

Hasnol, isteri bawa haluan sendiri

[Copy link]
Post time 4-10-2022 07:43 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: "Perkahwinan kedua saya ini akan berakhir pada pagi Khamis nanti di Mahkamah Syariah Bangi. Saya perlu memberitahu masyarakat supaya tidak timbul fitnah berkenaan kami selepas ini."
Demikian kata penyanyi, Hasnol Hassan Ariff, 52, mengenai konflik rumah tangganya bersama isteri, Marina Mohin yang kini menemui titik penamat.
Penyanyi popular lagu Laguku Untukmu ini berkata, perpisahan mereka nanti adalah secara baik dan tiada permusuhan.


"Cuma kami tiada persefahaman. Jodoh kami sampai sini sahaja. Allahu a'lam," katanya menerusi mesej WhatsApp kepada Harian Metro.

Hasnol, 52, dihubungi berkata, rumah tangganya memang sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

"Selama ini saya dah lama bertahan. Kami pernah duduk berasingan banyak kali pada 2013, 2015 dan 2016 bagi mencari penyelesaian.
"Bagaimanapun saya tetap memendam rasa dan kali ini nekad baiklah masing-masing bawa haluan sendiri. "Saya nak hidup tenang tanpa fikirkan apa-apa lagi selepas ini," katanya.
Menurutnya, selepas melafazkan cerai, dia akan terus pulang ke Sungai Buloh, Selangor untuk tinggal dan menjaga ibunya yang kini berusia 77 tahun.
"Tiada siapa tahu perkara ini kecuali emak, adik dan sahabat karib saya, Shukri Zainal sebelum buat keputusan memberitahu Harian Metro.
"Saya nampak isteri mahukan kemasyhuran dan populariti. Apapun tak mengapa kerana semuanya kehendak Allah belaka.
"Saya tak perlu nak pening-pening lagi selepas Khamis ini," kata Hasnol yang berkahwin dengan Marina pada 2010 dan mempunyai seorang anak iaitu Haneesa Maisara yang kini berumur 11 tahun.
Menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, 52, dia dikurniakan tiga anak iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18 tahun.
Pada 2015 sebuah portal hiburan melaporkan rumah tangga pasangan ini yang bergolak pada awal tahun itu kembali pulih seperti sedia kala.
Ia berikutan mereka sepakat untuk menyelesaikan kemelut yang dialami secara baik dan memulakan kehidupan baharu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 08:33 AM | Show all posts
hasnol??? who??
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
rain2169 replied at 4-10-2022 08:33 AM
hasnol??? who??

Peserta GV
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar plss
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:37 AM | Show all posts
Pic mano? wjo who who who?????
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:49 AM | Show all posts
"Saya nampak isteri mahukan kemasyhuran dan populariti. Apapun tak mengapa kerana semuanya kehendak Allah belaka.

tapi hasnol ni pun memang sendu je kan, top pun satu lagu tu je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2022 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapo nie & bini dia pelakon ke apa yg nak kemasyuran?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 09:12 AM | Show all posts
"Saya nampak isteri mahukan kemasyhuran dan populariti. Apapun tak mengapa kerana semuanya kehendak Allah belaka.


ayat tak boleh blah..... pasti ker bini ko nak populariti??? selama nih ko pon sendu, dia pon org tak kenal, tetiba ko nak claim  bini ko nak famous jer.....

ckp jer lar tak sefahaman, jodoh dah tak ada so bawak haluan memasing....

mamat nih kerja apa jer selain menyanyi sendu sekapal ngan fadzley tukang masak tuh....

at least bini ko tuh bekerjaya yer.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 09:14 AM | Show all posts


This Hasnol ke?

Credit rotikaya
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 09:35 AM | Show all posts

"Saya Nampak Isteri Mahu Kemasyhuran, Populariti" - Hasnol Bakal Lafaz Cerai Lusa

Sumber BH Online


Penyanyi era 90-an, Hasnol Hassan Arif, 52, tampil mendedahkan rumah tangga yang dibina bersama isteri, Marina Mohin bakal terlerai pada pagi Khamis nanti di Mahkamah Syariah Bangi.



Menerusi laporan Harian Metro, kata Hasnol, dia mengambil tindakan berkongsi perkara itu untuk makluman kepada umum bagi mengelakkan timbulnya fitnah ke atas mereka selepas ini.



Penyanyi yang popular dengan lagu Laguku Untukmu itu turut menjelaskan, perpisahan mereka adalah secara baik dan tiada permusuhan.



Sumber mStar


"Cuma kami tiada persefahaman. Jodoh kami sampai sini sahaja. Allahu a'lam," katanya menerusi Whatsapp kepada Harian Metro.



Hasnol juga berkata, rumah tangganya sudah tidak dapat diselamatkan lagi walaupun sudah cuba untuk mempertahankan mahligai tersebut.



"Selama ini saya dah lama bertahan. Kami pernah duduk berasingan banyak kali pada 2013, 2015 dan 2016 bagi mencari penyelesaian.



"Bagaimanapun saya tetap memendam rasa dan kali ini nekad baiklah masing-masing bawa haluan sendiri.



Sumber KopiPlanet


"Saya nak hidup tenang tanpa fikirkan apa-apa lagi selepas ini," katanya.



Tambahnya lagi, selepas urusan lafaz cerai di mahkamah, dia akan terus pulang ke Sungai Buloh, Selangor untuk tinggal dan menjaga ibunya yang kini berusia 77 tahun.



Sebelum mendedahkan perkara itu kepada Harian Metro, kata Hasnol, keputusan untuk berpisah dengan isteri pada awalnya hanya diketahui oleh ibu, adik dan sahabat karibnya.



"Saya nampak isteri mahukan kemasyhuran dan populariti. Apapun, tak mengapa kerana kehendak Allah belaka.



"Saya tak perlu pening-pening lagi selepas Khamis ini," katanya.



Sumber FB


Untuk info, Hasnol menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, dikurniakan tiga anak iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18.



Hasnol berkahwin buat kali kedua dengan Marina pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Haneesa Maisara yang kini berusia 11 tahun.



Terdahulu, pada 2015, sebuah portal hiburan melaporkan rumah tangga penyanyi itu bergolak, namun kembali pulih seperti sedia kala. - CARI








Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 09:47 AM | Show all posts
Macam pelik statement dia.. Dia penyanyi sudah pasti perlukan populariti, alih2 bini nak cerai sebab mahu kemasyhuran dan populariti.. Pernah tengok dalam satu siaran tv, dia ditemuramah sebab dah takde job, meniaga tapi lingkup, hidup susah.. Masa tu bini dia sama2 hidup susah.. Kalau selamanya mcm tu memang laa bini tu tak sanggup.. Anak ramai, laki takde kerja tetap..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 09:54 AM | Show all posts
Jawapan nak salahkan bini... dia pun retis sejuk beku.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenis lelaki ego tinggi. Susah nak berkompromi
Wife bnyk memendam dan bersabar ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 10:08 AM | Show all posts
bini nak popular????
tapi ko frozen je
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 10:56 AM | Show all posts
lahh tetiba mengata bini plak??
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 11:01 AM | Show all posts
cuba la jgn salahkan org.. telek diri tu la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Species salahkan org lain saja walaupun diri sejuk beku.

Mohon isterinya cepat dpt jodoh baru.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 11:08 AM | Show all posts
tiber mengata bini dia ..sesuatu sangat
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Padahal sendiri nak popular lepas GV tapi kesian menten sendu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 11:11 AM | Show all posts
Bila retis frozen nak up kan diri.
Gini la statement nya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
Konsert Siti-Judika bak 'hadir muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk!
maklukpenggodaKonsert Siti-Judika bak 'hadir mukta
Views : 4941 Replies : 26
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 45949 Replies : 90
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 32531 Replies : 638
Aku Bukan Ustazah cetus fenomena, paling popular 2024
maklukpenggodaAku Bukan Ustazah cetus fenomena, paling
Views : 8347 Replies : 2
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282418 Replies : 8326
Harga sawit lebih RM1,000 satu tan, peneroka tidak rambang mata
AbahmungHarga sawit lebih RM1,000 satu tan, pene
Views : 54541 Replies : 11
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55256 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98590 Replies : 1015

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.049476 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list