CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55124|Reply: 14

[Tempatan] Harga sawit lebih RM1,000 satu tan, peneroka tidak rambang mata

[Copy link]
Post time 14-12-2024 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sinarharian.com.my
14 Disember 2024




JENGKA - Kenaikan harga buat sawit ketika ini tidak menyebabkan peneroka di Felda Jengka 24 di sini rambang mata sebaliknya memilih untuk melakukan perbelanjaan berhemah dan membuat simpanan sewajarnya.

Difahamkan, harga bagi buah tandan segar (BTS) bermula Januari hingga Oktober tahun ini adalah sekitar RM800 hingga RM900 bagi satu tan metrik dan kini sudah mencecah lebih RM1,000.


Ketua Peneroka, Razak Daud, 64 berkata,
kenaikan ini tentunya memberikan kelegaan buat peneroka dan kita berharap harga ini terus stabil untuk tahun depan.

"Namun saya ingin menasihatkan peneroka supaya tidak boros, melakukan perbelanjaan berhemah dan ada simpanan kerana situasi harga ini tidak menentu, bergantung pada pasaran selain digalakkan untuk bersedekah," katanya.

Bagi Ishak A Ghani, 70, situasi tersebut memberikan kelegaan buat peneroka sepertinya.


Kenaikan harga buah sawit di pasaran melegakan peneroka meraih kira-kira RM6,500 sebulan, kenaikan pendapatan yang diperoleh dianggarkan kira-kira 50 peratus berbanding sebelum ini.

"Memang kita bersyukur dan saya tetap memilih untuk berjimat cermat, tidak boros dan membuat simpanan sebagai persediaan khususnya ketika waktu kecemasan dan musim perayaan nanti.


"Selain itu, kita boleh bersedekah dan sebagai iman masjid di sini nampak peningkatan sumbangan menerusi jumlah yang diperolehi pada tabung yang ada," katanya mula memasuki rancangan itu pada 1984.

Penerokawati, Rugayah Said, 58, yang juga Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Jengka 24, berkata, ia terpulang kepada masing-masing untuk menguruskan pendapatan dan perbelanjaan setiap keluarganya.

"Alhamdullillah...walaupun sudah ada lebihan pendapatan, kena berjimat cermat kerana ada masa turun naik.

"Bukan masanya untuk boros dengan keadaan zaman sekarang, kena buat perbelanjaan berhemah," ujarnya.

Seorang lagi penerokawati, Mariah Mohamad, 60, turut memilih membuat lebih banyak simpanan untuk berdepan sebarang situasi memerlukan pada masa akan datang.

"Harga naik bukan akan terus kekal jadi kena bersiap-sedia juga selain boleh gunakan untuk menghadapi raya nanti," ujar ibu kepada enam anak dan memiliki lima cucu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 01:10 PM | Show all posts
fuyoo penerokawati nama diberi
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh patutlah tengok Indonesian berita peladang sawit mereka menjual hasil sawit Di Malaysia. Di Indonesia harga sawit terlalu murah seperti tiada harga.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 01:27 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 14-12-2024 01:17 PM
Oh patutlah tengok Indonesian berita peladang sawit mereka menjual hasil sawit Di Malaysia. Di Indon ...

Mana sepadan ni?????? Tak cukup dengan pati dia merata, jual sawit di malezia pulak. Kilang yang beli patut disita.

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 03:47 PM | Show all posts
silance replied at 13-12-2024 09:27 PM
Mana sepadan ni?????? Tak cukup dengan pati dia merata, jual sawit di malezia pulak. Kilang yang b ...

Di Sarawak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Darat le takkan laut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2024 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tp pencuri sawit pun merata²..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 06:14 PM | Show all posts
jangan gaji felda lambat lagi mcm bulan lepas dah lerrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 14-12-2024 01:17 PM
Oh patutlah tengok Indonesian berita peladang sawit mereka menjual hasil sawit Di Malaysia. Di Indon ...

Amboi2 lps tu habis harga sawit kita jatuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 08:59 PM | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 14-12-2024 09:00 PM

Memang harga naik….kemarau hari tu berapa lama?

Kiraan buah keluar dari pucuk sehingga di tuai 6bulan ke 8 bulan.

6-8 bulan sebelum ni adalah musim El Nino iaitu kemarau panas melampau….so kesannya sekarang la kurang production…..pokok melawas.

Bila buah kurang suppply, demand tinggi , harga naik la…..sekarang hemisfera utara dah harvest semua jenis vegetable oils….so demand masih tak dapat dipenuhi, so ambil stock dari oil Palm…oil Palm pula tengah melawas kesan el nino 6-8 bulan lepas...SBB tu harga naik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 09:08 PM | Show all posts
Aku jangka bulan 3-4 tahun 2025 buah akan banyak dan surplus sebab tahun ni musim hujan masuk awal iaitu bulan 8 2024. Harga akan below RM600 dan RM500
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak kumpol 1 tan ingat senang?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 11:18 AM | Show all posts
zehra2 replied at 14-12-2024 05:28 PM
tp pencuri sawit pun merata²..

tu lah
kt kg iol kebun2 sawit ni bnyk kena curi
biasa blh dpt setan, skrg mmg pyh nk capai bnyk tu
pasang pagar elok2 dah pun ada je trick die nk songlap buah sawit tu
elom sgt la tu mkn duit tak halal


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 01:36 PM | Show all posts
rambang mata
Maksud: Tidak tahu mana yang hendak dipilih.

Contoh ayat: Saya menjadi rambang mata apabila melihat baju yang cantik-cantik itu.

So, apa yang rambang mata nya?



Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:07 AM | Show all posts
harga naik buah kurang..buah banyak harga murah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.431425 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list