CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Dah Naik Seri" - Raysha Jadi ‘Muse’ Koleksi Baju Kahwin Rizman Ruzaini

2-10-2022 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4871| Komen: 36

Pelakon Raysha Rizrose teruja apabila disunting sebagai wajah utama (muse) bagi koleksi Rizman Ruzaini Bridal Ready to Wear: Ijab Kabul 2022/23.



Raysha, 26, berterima kasih kepada Rizman dan Ruzaini atas kepercayaan yang diberikan meski dia sendiri masih belum ada sebarang perancangan menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat.



“Bila dapat tawaran daripada jenama ini saya sangat terharu sebenarnya. Tidak semestinya bila dipilih jadi ‘muse’ ia beri bayangan kita nak kahwin, betul tak?



“Apa pun doakan yang terbaik, insya-Allah. Tapi saya tidak menafikan tekanan bila nak berkahwin itu semakin menjadi-menjadi. Tarikhnya belum ada lagi, tapi ke arah itu.

“Malah sebelum ditawarkan jadi ‘muse’ pun, pereka pertama yang datang dalam fikiran saya ialah Rizman Ruzaini. Sebab saya percaya, berikan apa-apa konsep sama ada tradisional mahu pun moden, kita tak akan kecewa dengan sentuhan jenama ini,” katanya kepada MH.



Teruja dengan kolaborasi berkenaan, Rizman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini turut kagumi komitmen yang diberikan Juara Dewi Remaja 2015 itu.

Rizman dan Ruzaini bersama Raysha ditemui pada sesi Previu Rizman Ruzaini Bridal Ready to Wear: Ijab Kabul 2022/23 di Hotel Shangri La, baru-baru ini.



“Dia sudah naik seri… Masa kita lakukan penggambaran sebelum ini pun, setiap sudut gambar yang diambil terlihat cantik, berseri. Tapi kalau tiba hari bahagianya nanti, kita akan buat persalinan khas untuk dia.

“Kalau boleh saya kongsikan, kami rasa salah satu kejayaan Rizman Ruzaini ialah jenama ini meniadi pilihan hampir semua selebriti yang rapat dengan kami di negara ini.

“Persalinan kahwin pertama yang kami hasilkan ialah untuk Ning Baizura. Ketika itu kami baru tamat belajar. Jadi bila dapat peluang, sudah tentu kami cuba buat yang terbaik.


Kredit foto: IG Rizman Ruzaini

“Sebab kita tahu, bila melibatkan perkahwinan, ia sesuatu yang sentimental. Kata orang bila pelanggan mahu kami menjadi sebahagian daripada hari bahagia mereka, itu adalah kejayaan besar bagi kami,” katanya lagi.

Terdahulu, sebanyak 14 rekaan diperkenalkan, terumasuk rekaan klasik dan moden kontemporari.




Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 2-10-2022 12:25 PM
berapa harga on average baju kahwin rr ni? ada siapa pernah tanya tak
Quote annadonna 2-10-2022 12:26 PM
Cantik cantik
Quote amyfaha 2-10-2022 01:16 PM
Hodoh betul ye pakaian RR. Iols tgk design2 utk stanby raya tahun dpan semua kembang di bahu. Terus reject
Quote 3chanceno 2-10-2022 01:18 PM
Naik seri apanya? Tak de wow factor model busana nie
Quote lattehazelnut 2-10-2022 01:18 PM
Mcm da pernah tgk je bju2 raya or bridal sblm ni..
Except yg last tu la..
Tu sbb hodoh sorry..
Quote nakkomenjugak 2-10-2022 01:32 PM
nak kata cantik pun tak
nak kata pun hodoh pun ya
Quote fadz84 2-10-2022 01:33 PM
Baju2 RR ni selalu ada design kat dada tu.. dh mcm lencana.. huhuhu
Quote DianaSaksen 2-10-2022 01:36 PM
Baju kawin lebih kurang sama jer ngan rekaan baju raya 2022
Dah takde idea ke ?
Quote missHaidiD 2-10-2022 01:52 PM
Biasa je baju rr ni. Cm dedulu pnye design jgk.
Quote aechae 2-10-2022 01:53 PM
Xlawa yaa rupa baju tu…
Quote umbut 2-10-2022 01:55 PM
Juara dewi remaja palingggg senduuuu
Quote tulip-rain 2-10-2022 01:58 PM
Tak lawa lah. Bosan betul rekaan baju rr ni tak kisahlah utk kahwin ke raya ke.
Quote bulanbulat 2-10-2022 01:58 PM
Muka lepas menang dewi remaja lembut ja.. Nak kata gain weight badan maintain kurus
Quote aammyy 2-10-2022 02:05 PM
bulanbulat replied at 2-10-2022 01:58 PM
Muka lepas menang dewi remaja lembut ja.. Nak kata gain weight badan maintain kurus

Gain weight kat muka je
Quote bulanbulat 2-10-2022 02:08 PM
aammyy replied at 2-10-2022 02:05 PM
Gain weight kat muka je

I harap natural. Bukan fat transfer/filler ke apa
Quote pocongkiutss 2-10-2022 02:33 PM
Tang mana naik serinya..hehe
Quote lampor 2-10-2022 02:36 PM
Iols tengok sepesen je muka sheols dalam gambar2 di atas... Takde variety pun... Gituh. Komen ala2 miss jay alexander
Quote babycc 2-10-2022 02:38 PM
_blackbird replied at 2-10-2022 12:25 PM
berapa harga on average baju kahwin rr ni? ada siapa pernah tanya tak

Tgk kat website dlm 900-2000.. collection yg lepas2 lg mahal2.. yg kali ni mcm.x lawa.. x tau la kalau sebqb model x lawa..
Quote Masukkeluar 2-10-2022 02:49 PM
baju rr dari zaman 2012-2022 sepesen je. kembang, ropol, lace..lagi lawa baju2 amaze. rr ni bertahan sbb customer dia dr golongan retis.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.087012 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top