Suara bantahan penduduk Taman Kencana di sini terhadap cadangan jajaran baharu projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang akan dibina di kawasan mereka sudah dihantar ke Istana Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan MRT3 Taman Kencana, Mohd Najib Mat Nor berkata, surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diserahkan kepada wakilnya pada di Istana Kayangan pada 20 September lalu. “Kini kita tunggu makluman sebarang perkembangan dari pihak baginda dan kerajaan negeri,” katanya semasa berucap pada perjumpaan bersama penduduk di Taman Kencana di sini hari ini.
Dalam pada itu, katanya, wakil jawatankuasa berharap penduduk bersatu dalam perjuangan membantah cadangan jajaran MRT3 demi kebaikan bersama. Pada hari ini juga wakil jawatankuasa penduduk juga telah membuat laporan mengenai bantahan mereka itu di Balai Polis Pandan Indah. Ia, kata Mohd Najib, sebagai satu formaliti yang diperlukan dalam usaha jawatankuasa bagi mengadakan bantahan. Baru-baru ini wakil jawatankuasa juga mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pandan, Datuk Leong Kok Wee dan timbalannya, Datuk Jamaluddin Ropa bagi meminta sokongan mereka. Pihak jawatankuasa juga dalam proses bagi mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam masa terdekat. Sebelum itu, penduduk Taman Kencana mahu kerajaan mengkaji semula hasrat mahu menjadikan taman mereka sebahagian projek MRT3 dan mahu kerajaan menggunakan cadangan alternatif sebelum ini yang tidak melibatkan penempatan penduduk. Sumber: MalaysiaGazette
|
akies replied at 1-10-2022 10:33 PM
Taman kencana ni blah mana ye
Kalau ampang ni iols hanya tahu beberapa taman je cth taman k ...
monreyes replied at 1-10-2022 10:51 PM
ada sesapa tau ke route dari mana ke mana dorang nak ambik..separuh taman kencana tu abandoned proje ...
sardintin replied at 1-10-2022 11:13 PM
padahal lrt Cempaka ngn lrt pandan indah dekat dah kat area tu... nape pulak nk dibuat MRT? mrr2 p ...
monreyes replied at 1-10-2022 11:18 PM
kalau ikut route dia ikut jln atas..so x yah lah stop situ buat stesen bagai..lalu je lah atas MRR ...
sardintin replied at 1-10-2022 11:31 PM
dia nk bt stesen mrt ngn tpt parking skali kot.. klu takat lalu atas je xde stesen ok je. tp ni mc ...
monreyes replied at 1-10-2022 11:39 PM
dah org protest tu...jgn lah kacau rumah org...agaknya kalau setakat lalu je takde stesen ..x semp ...
monreyes: blkg dewan mpaj
sardintin replied at 1-10-2022 11:58 PM
yer, dkt sgt ngn lrt. semak tgk development mcm ni kdg2, buat jem x sudah2 bertahun2. ingtkan hgwa ...
CiliPadiSedap replied at 2-10-2022 12:07 AM
dekat galaxy ampang tu ke? bukan bangunan tu dah terbiar lama?
monreyes replied at 2-10-2022 12:24 AM
bukannnn...ni menghala ke Pantai Hospital Cheras
ADVERTISEMENT