Korea Selatan merancang membina dua kompleks penyimpanan kubis besar-besaran bersaiz tiga padang bola sepak bernilai 58 bilion won (RM18,767,596.21)
Kemudahan dengan kapasiti 9,900 meter persegi setiap satu itu, akan dibina di daerah luar bandar Goesan dan Haenam dan dijangka siap pada 2025. Dengan kemudahan itu, mereka akan dapat menyimpan 10,000 tan kubis dan 50 tan kimchi setiap hari. Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Industri Makanan Kementerian Pertanian, Lim Jeung-guen berkata, kerajaan berharap kompleks penyimpanan itu juga akan menyumbang besar kepada mengukuhkan kedudukan kimchi buatan tempatan di peringkat global.
"Lebih banyak kompleks seumpamanya boleh dibina jika dua yang pertama itu berjaya dengan baik," katanya. Langkah itu bagi menangani krisis kekurangan bekalan dan peningkatan harga bekalan kubis disebabkan perubahan iklim. Perubahan iklim dalam beberapa tahun kebelakangan ini memberikan kesan kepada suhu yang lebih tinggi dan hujan lebih lebat hingga merosakkan tanaman kubis sekali gus menyekat bekalan. Tahun ini, harga kubis meningkat dua kali ganda dalam masa kurang daripada tiga bulan, sebahagian daripada lonjakan inflasi yang meluas ke paras tertinggi pada Julai lalu, mengatasi tempoh 24 tahun. Pengeluar kimchi Korea berharap rancangan kerajaan itu sekurang-kurangnya akan menghalang pengeluar tempatan daripada terus kehilangan periuk nasi. Ketua Eksekutif Pengeluaran Kimchi Cheongone Organic, Ahn Ik-jin berkata, syarikatnya terpaksa menaikkan harga kimchi sebanyak dua pertiga kepada 5,000 won (RM16.18) sekilogram akibat krisis berkenaan. "Kami pernah membeli kubis pada Jun lalu dan menyimpannya untuk kegunaan apabila harga kubis meningkat, tetapi tahun ini kami sudah kehabisan stok. "Dulu kami mengeluarkan 15 tan kimchi sehari tetapi kini hanya mengeluarkan 10 tan atau kurang daripada itu," katanya. Industri kimchi Korea Selatan terjejas sejak sekian lama. Import China, selalunya berharga kira-kira satu pertiga daripada kimchi buatan tempatan semakin melonjak sejak dua dekad lalu untuk menyumbang 40 peratus daripada pasaran domestik untuk kimchi buatan komersial. Selain itu, faktor itu dipengaruhi penuaian kubis yang semakin berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kebanyakan industri banyak terjejas. Menurut kajian Korea Rating & Data, tahun lalu hampir separuh daripada 1,000 pembuat kimchi Korea Selatan tidak mampu bertahan sama ada menutup secara kekal atau sementara atau beralih kepada produk lain. Sumber: Harian Metro
|
dua_chzy replied at 30-9-2022 06:02 PM
Napa cabbage tu kalau yang jual kat tanahair ni tak pernahnya akak nampak hijau camtu. Kalau ada pun ...
misc replied at 30-9-2022 06:31 PM
Sedapnya kimci makan dgn maggi.
makita replied at 30-9-2022 10:25 AM
Dia gini cikgu. Masa kat pasar, dia akan kupas2 helaian kobis tu. Utk dorg mcm x kemas la yg hijau ...
delia3003 replied at 30-9-2022 11:49 AM
I tak pernah makan kimchi, tteobokki yang popular tu pun tak boleh telan, loya tekak
dua_chzy replied at 30-9-2022 08:20 PM
Lidah belacannya sister oi. Sedap kot teboki tu. Tapi taste memasing. Aiol memang suka makan ...
delia3003 replied at 30-9-2022 12:36 PM
I tak makan sambal belacan
Korean food je tak boleh nak masuk, tak suka bau. I kalau bau pun ...
CikYaYaYa replied at 30-9-2022 12:29 PM
best ke kimchi nie? Iols sokmo terliur tengok kat drama2 diorang duk buat kimchi.. Nampak macam seda ...
ADVERTISEMENT