CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1914|Reply: 24

Selamat Industri Kimchi, Kompleks Penyimpanan Kubis Bersaiz Tiga Padang Bola Dibina

[Copy link]
Post time 30-9-2022 05:18 PM | Show all posts |Read mode
Korea Selatan merancang membina dua kompleks penyimpanan kubis besar-besaran bersaiz tiga padang bola sepak bernilai 58 bilion won (RM18,767,596.21)


Kemudahan dengan kapasiti 9,900 meter persegi setiap satu itu, akan dibina di daerah luar bandar Goesan dan Haenam dan dijangka siap pada 2025.




Reuters




Dengan kemudahan itu, mereka akan dapat menyimpan 10,000 tan kubis dan 50 tan kimchi setiap hari.


Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Industri Makanan Kementerian Pertanian, Lim Jeung-guen berkata, kerajaan berharap kompleks penyimpanan itu juga akan menyumbang besar kepada mengukuhkan kedudukan kimchi buatan tempatan di peringkat global.


"Lebih banyak kompleks seumpamanya boleh dibina jika dua yang pertama itu berjaya dengan baik," katanya.


Langkah itu bagi menangani krisis kekurangan bekalan dan peningkatan harga bekalan kubis disebabkan perubahan iklim.


Perubahan iklim dalam beberapa tahun kebelakangan ini memberikan kesan kepada suhu yang lebih tinggi dan hujan lebih lebat hingga merosakkan tanaman kubis sekali gus menyekat bekalan.


Tahun ini, harga kubis meningkat dua kali ganda dalam masa kurang daripada tiga bulan, sebahagian daripada lonjakan inflasi yang meluas ke paras tertinggi pada Julai lalu, mengatasi tempoh 24 tahun.


Pengeluar kimchi Korea berharap rancangan kerajaan itu sekurang-kurangnya akan menghalang pengeluar tempatan daripada terus kehilangan periuk nasi.




Reuters




Ketua Eksekutif Pengeluaran Kimchi Cheongone Organic, Ahn Ik-jin berkata, syarikatnya terpaksa menaikkan harga kimchi sebanyak dua pertiga kepada 5,000 won (RM16.18) sekilogram akibat krisis berkenaan.


"Kami pernah membeli kubis pada Jun lalu dan menyimpannya untuk kegunaan apabila harga kubis meningkat, tetapi tahun ini kami sudah kehabisan stok.


"Dulu kami mengeluarkan 15 tan kimchi sehari tetapi kini hanya mengeluarkan 10 tan atau kurang daripada itu," katanya.


Industri kimchi Korea Selatan terjejas sejak sekian lama.




Reuters




Import China, selalunya berharga kira-kira satu pertiga daripada kimchi buatan tempatan semakin melonjak sejak dua dekad lalu untuk menyumbang 40 peratus daripada pasaran domestik untuk kimchi buatan komersial.


Selain itu, faktor itu dipengaruhi penuaian kubis yang semakin berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kebanyakan industri banyak terjejas.


Menurut kajian Korea Rating & Data, tahun lalu hampir separuh daripada 1,000 pembuat kimchi Korea Selatan tidak mampu bertahan sama ada menutup secara kekal atau sementara atau beralih kepada produk lain.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Napa cabbage tu kalau yang jual kat tanahair ni tak pernahnya akak nampak hijau camtu. Kalau ada pun hijau, hijau lite2 hampir kepada kekuningan gitu. Apa rehsia Korea's Napa Cabbage?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang banyak jual kat tanahair ini yang daunnya dah kuning. Ka sebab majoriti napa cabbage yang dijual di sini imported from PRC? Euw.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak leh hidup tanpa kimchi
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sedap jugak walaupun masam tp kalo mkn ngan Maggie Kari perghhh terus jd Korea ommo ommo ommo
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkn korea nk bukak kilang kimchi kat msia.....blh le org msia dpt keja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-9-2022 06:02 PM
Napa cabbage tu kalau yang jual kat tanahair ni tak pernahnya akak nampak hijau camtu. Kalau ada pun ...

Dia gini cikgu. Masa kat pasar, dia akan kupas2 helaian kobis tu. Utk dorg mcm x kemas la yg hijau2 tu. Tp masih boleh digunakan utk arnab mkn (meols tgok nyonya2 pi kutip kat tempat pembuangan sayur) Ni pengalaman meols beli sayuran msa sayur baru turun dari lori memalam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya kimci makan dgn maggi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
I tak pernah makan kimchi, tteobokki yang popular tu pun tak boleh telan, loya tekak
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 07:51 PM | Show all posts
misc replied at 30-9-2022 06:31 PM
Sedapnya kimci makan dgn maggi.

Sedap macam mana tu? Tak masam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 30-9-2022 10:25 AM
Dia gini cikgu. Masa kat pasar, dia akan kupas2 helaian kobis tu. Utk dorg mcm x kemas la yg hijau ...

Gituuuuhhhhh. Aiol hada terfikir juga begini.

Patutnya takyah kupas la kan cantik je pon hijau tu. Ka kalau di Malaysia yang hijau tu considered daun tua tak sedap dimakan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 30-9-2022 11:49 AM
I tak pernah makan kimchi, tteobokki yang popular tu pun tak boleh telan, loya tekak

Lidah belacannya sister oi. Sedap kot teboki tu. Tapi taste memasing. Aiol memang suka makanan berasaskan tepung so ai suka teboki.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia takde plan ke arah ini demi kesejahteraan industri makanan? Buat kilang besar. Kalau tak pun dalam satu kawasan ada byk kilang makanan ruji. Utk stabilkan harga.




Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer rekemen kimchi halal yg sedap nak beli buat pancake
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
best ke kimchi nie? Iols sokmo terliur tengok kat drama2 diorang duk buat kimchi.. Nampak macam sedap jee. tapi kawan iols cakap xsedap sebab masam
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 30-9-2022 08:37 PM
dua_chzy replied at 30-9-2022 08:20 PM
Lidah belacannya sister oi. Sedap kot teboki tu.  Tapi taste memasing. Aiol memang suka makan ...


I tak makan sambal belacan

Korean food je tak boleh nak masuk, tak suka bau. I kalau bau pun dah fail, automatik rasa kembang tekak

Dessert boleh je, tu pun bingsu je setakat ni pernah try. Teringin nak try hotteok, nampak macam sedap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 30-9-2022 12:36 PM
I tak makan sambal belacan

Korean food je tak boleh nak masuk, tak suka bau. I kalau bau pun ...

Gitoooh sisterrr kalau gitu lidah western la kot sister ni.

Sebab sister tak makan sambal belacan baru ai faham mengapa sister tak suka makan topoki. Dia memang hada bau. Sister memang benci makanan hada bau hanyir bau busuk kot.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 30-9-2022 12:43 PM
CikYaYaYa replied at 30-9-2022 12:29 PM
best ke kimchi nie? Iols sokmo terliur tengok kat drama2 diorang duk buat kimchi.. Nampak macam seda ...


Tak sedap pun yang original Korea tu. Rasa masam ja lebih. Kimchi yang dah modify ikut lidah ummah tanahair baru sedap di lidah aiol. Aiol suggest jika sister mahu terai kimchi, jangan makan mentah gitu jah. Coba buat jadik telur dadar ikut suka hati sister ja nak letak apa segala pehtu makan dengan nasik panas. Mungkin sister akan suka kimchi jika buat gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols cuba berhusnuzon utk mkn kimchi disebabkan tekanan rakan sebaya. Tp iols x bole terima rasanya yg masam
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-9-2022 08:40 PM
Gitoooh sisterrr kalau gitu lidah western la kot sister ni.

Sebab sister tak makan sambal b ...

Tepat sekali, makanan korean kuat bau, ada bau hanyir/masam.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.107516 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list