CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Didenda RM16,000 Belasah Anak Berebut Mainan

29-9-2022 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1471| Komen: 6

MELAKA – Tindakan seorang wanita membiarkan teman lelakinya memukul anak kandungnya sehingga cedera membawa padah apabila kedua-dua mereka didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.


Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Tan Meei Yun, 30, dan teman lelakinya, Chua Wai Hon, 38, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama seorang yang lain telah mendedahkan kanak-kanak perempuan yang ketika kejadian berusia lima tahun kepada bahaya sehingga menyebabkannya cedera.


Foto: Kosmo


Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi di sebuah rumah di Champor Garden City, Banda Hilir dalam daerah Melaka Tengah pada 14 Ogos 2021.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku selepas kanak-kanak itu telah menolak adiknya berusia satu tahun kerana berebut permainan blok.

Tertuduh lelaki yang melihat kejadian itu telah bertindak memukul mangsa berkali-kali menggunakan tali pinggang di tangan, belakang badan dan kepala sehingga meninggalkan kesan serta berdarah.

Ibu mangsa kemudian telah mengambil gunting lalu menyerahkannya kepada teman lelakinya untuk menggunting rambut mangsa bagi menutup luka di kepalanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili Peguam B.E Lim, merayu agar hukuman anak guamnya diringankan dengan alasan tertuduh lelaki menghidap penyakit bipolar dan masih mendapatkan rawatan di hospital.

Tertuduh wanita pula hanya bekerja sebagai pelayan restoran dengan gaji RM80 sehari dan perlu menanggung dua anaknya.

Timbalan Pendakwa Raya, N.Sivashangari bagaimanapun memohon agar hukuman berat diberikan memandangkan mangsa adalah seorang kanak-kanak dan anak kandung kepada salah seorang tertuduh.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM8,000 setiap seorang dan bon berkelakuan baik RM3,000 selama dua tahun serta khidmat masyarakat selama 60 jam selama enam bulan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 29-9-2022 06:28 PM
Mak lebihkan bf / pak tiri terjadi xkira kaum apa pun..
Bg je lah kat bapak or org lain kalau xleh bela..
Quote Atata 29-9-2022 10:01 PM
Padan muka kau anjink. So sapa yg report? Budak tu masih tertuduh2 ni jaga?
Quote Highflyer19 30-9-2022 12:45 AM
Kesian budak tu...
Quote she 30-9-2022 01:29 AM
Gile betul
Diberi gunting pulak
Seram baca

Quote n3ar 30-9-2022 08:42 AM
tajuk ni betul ke tak.aku baca isi si ibu dan boyfriend..mana datang suami isteri yg belasah anak
Quote cmf_premierleag 30-9-2022 08:44 AM
Babinya la pesakit2 bipolar ni kan
X abih2 guna alasan bipolar
Semoga pesakit bipolar satu dunia kene monkey pox lantas mampos segera sbb x abih2 menyusahkan org lain

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.032711 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top