Baby Shima tampil membalas komen netizen yang menganggapnya “koyak” kerana telah memadam komen netizen berkenaan.
Menerusi hantaran di Instagram, Baby Shima turut memuat naik tangkap layar DM (Direct Message) netizen yang menyifatkan penyanyi sensasi itu pembawa bala. “Babi Shima kenapa delete komen, koyak ke. Kau wanita pembawa bala. Aku yakin tempat kau neraka buat selama-lamanya sia*, ”DM netizen di Instagram. Tidak berdiam diri, Baby Shima kemudian tampil bersuara dengan menyatakan bahawa ruangan komen di media sosialnya tidak memerlukan komen-komen negatif seperti netizen tersebut.
“Kita delete komen awak bukan apa, sebab ruangan komen kita tak perlukan awak,”balas Baby Shima.
|
ADVERTISEMENT