CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sabar La, Saya Baru Gugur,"- Zulin Aziz Menyampah Orang Tanya Bila Nak Hamil

27-9-2022 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1080| Komen: 0

Description: Pasangan yang berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata, pertanyaan mengenai anak boleh menjadi soalan sensitif dan menggores perasaan.
Pasangan yang berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata, pertanyaan mengenai anak boleh menjadi soalan sensitif dan menggores perasaan.

Bagi pelakon dan pengacara Zulin Aziz, dia juga berdepan dengan situasi sama sejak mendirikan rumah tangga dengan Farhan Nozini pada 20 Februari lalu apabila peminat sering melontarkan pertanyaan sama meskipun tidak sampai setahun berkahwin.


Foto: IG

Namun siapa sangka, Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, mendedahkan dirinya baharu sahaja mengalami keguguran pada Ogos lalu.

Zulin memaklumkan mengenai perkara itu selepas menerima banyak soalan berhubung anak ketika membuat video siaran langsung di TikTok miliknya.


"Saya baru lepas gugur, orang tanya saya bila nak ada baby. Sabar la... Saya baru gugur bulan lepas," katanya.




Menganggap pertanyaan itu tidak sepatutnya dibuat segelintir netizen, Zulin turut membuat teguran secara terbuka agar tidak bertanya soal sensitif kepada dirinya.

Jelas Zulin, masyarakat sepatutnya lebih peka sebelum bertanyakan soalan sedemikian terutamanya melibatkan soal hubungan, perkahwinan dan cahaya mata.




"Kalau nak tanya soalan walaupun kita tidak tahu, elak tanya soalan sensitif. Kau tidak ada common sense kalau tanya soalan.



"Macam dulu, waktu single, orang tanya bila nak kahwin... kalau aku kahwin dengan suami kau, baru tahu!," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.037836 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top